Introduction

wadah perkongsian resepi, idea dan cerita. Mudah-mudahan anda semua mendapat manfaat daripada blog ini insyaALLAH,,,

Saat Aku Ditalkinkan




Wahai Ikhwan sekalian, usahlah kita terleka dengan tipu daya dunia. Cubalah renungi kata-kata Saidina Ali r.a ini,
Jika engkau mahukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai kenikmatan,
Jika engkau mahukan keasyikan cukuplah ketaatan sebagai keasyikanmu dan 
Jika engkau mahukan pengajaran cukuplah maut itu sebagai pengajaran
Dan redhakanlah diri kita kepada Dinul Islam kerana sesungguhnya tiada lagi agama yang lebih tinggi di sisi ALLAH s.w.t melainkan Dinul Islam.





Saya ingin berkongsi sebuah cerita yang saya terbaca dlm sebuah diari. Mudah-mudahan kita mendapat pengajaran daripada kisah ini....

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas sebuah katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak mengerti mengapa aku berada di sini. Sebelum itu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah. Tiba-tiba tanpa aku sedar kehadiran sebuah lori balak dan malangnya aku bertembung dengan lori itu.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku menjadi kabur. Tidak dapat aku pastikan sesiapa yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa. Derita sungguh, nafasku menjadi sesak.

Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. “ Mengucap sayang, mengucap,,,, Asyhaduallaillahaillallah...” kalimah itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu, seorang insan mulia yang telah mendodoikan daku semasa aku kecil, insan yang telah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, insan yang pernah menyusukan daku serta yang pernah merotanku tika aku degil.

“Bagaimana dengan keadaannya doktor?” Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. “Tenat,” jawab doktor itu dengan ringkas. “Itu kata doktor bang, jangan berserah pada takdir sahaja kita perlu berusaha.” Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datang lah ke sini, aku mahu berbicara denganmu, datanglah....Tapi mataku.....semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. “Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah. Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

“Tekanan darahnya amat rendah.” Sayup-sayup kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkan lah daku. “Yassin...” bacaan terngiang-ngiang di telingaku. Aku tahu itu suara abnag. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan bacaan itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut?? Aku takut!! Sedetik lagi sakaratul maut tiba. Sedetik lagi Izrail akan datang menjemputmu. Sedetik lagi malaikat maut akan datang. Aku di ambang sakaratul maut.... aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi apa yang pasti sekarang aku berhadapan dengan sakaratul maut.

“Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut.” Rintihan hatiku ini tidak diendahkan. Apa mereka semua sudah tulikah? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan “ Panas, dahaga, haus panas...” tapi tiada sesiapa pun yang ambil peduli.
Nenekku datang, “Nenek...”
“Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air? Ini gelas penuh madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minumlah madu ni.”
“Ibu...” Ibuku datang, “Ini ibumu. Ibu yang telah menyusukan engkau nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi...”
Ayah...kau datang ayah...
“Matilah dalam agama yahudi anakku matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk syurga.”
“Nenek...ibu...ayah...suara kaliankah tadi? Kenapa kalian berubah laku? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?
“Mengucap sayang, mengucap Asyhaduallaillahaillallah..” ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam. “Mari ikut kami.” Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya, “Mari ikut kami.” Cahaya putih datang. Datang hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut....!!. kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. “Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah...” aku tersentak. Rohku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun.... malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk hidungku, seperti bau sampah. “Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni? Ah busuknya, hanyirnya, hancingnya....”

“Assalamualaikum...”
“Siapa yang memberi salam itu?”
“Aku”
“Kau siapa wahai pemuda?”
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yg tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat. Telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya...loya,jijik, aku rasa.....teramat loya melihatnya.

“Kau tak kenal aku?”
“Tidak,” jawabku tegas
“Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini.”
“Aku sahabat mu, kau yang membuatku hari-hari”
“Bohong!” aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. “Aku tak kenal engkau. Lebih naik kau pergi dari sini.”
“Akulah amalan mu yang keji...”

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini, semuanya telah pernah aku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia akan dijelmakan dalam sebagai sesuatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh! Tuhan, aku banyak dosa, aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulan ku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak tapi itu semua telah berlalu dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan! Surah Yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku, aku melihat Kak Long dan Kak Ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku disirami air. Air apa ni?

“Tolong...sejuk!!! kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat. Sakit!!! Kenapa ramai orang melihat aku? Aku malu....
Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu.Nanti, tunggu! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ni?
Tolong rimas....Panas....kemudian aku diletakkan di sesuatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkan aku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku disembahyangkan.

Bukankah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu
Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan
Dan kini aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku’, sujud dan tahiyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini? Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak. Al-Fatihah kedengaran suara tok imam, kelihatan yang lain mengengkori di belakang tapi kemana mereka mahu membawa aku nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan  akmpungku. Ke situkah aku dibawa? Tolong turunkan aku, aku takuT!!!
Setibanya di situ, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegang ku dan aku diturunkan ke dalam liang itu. Perlahanlahan aku terdengar suara tok imam memberitahu. Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!! Kini aku berada di dalam liang yang sedalam enam kaki. Sdikit demi sedikit tanah menutupiku

Tanah apa ni? Aduh sakitnya badan ku ditembusi tanah. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali. Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. Sesungguhnya mati itu benar, alam barzakh itu benar, siratul mustakim itu benar. Syurga dan neraka itu jua benar.
Sayup-sayap aku terdengar tok imam membaca talkin, tetapi makin lama makn hilang. Pandangan ku makin kabur dan terus tidak kelihatan tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atas ku. Terasa makin gelap dan...aku kini keseorangan.

Nanti, nanti, tolong, tolong ayah, ibu !...jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!! Gelap!!! Panas!!! Tolong!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan