Introduction

wadah perkongsian resepi, idea dan cerita. Mudah-mudahan anda semua mendapat manfaat daripada blog ini insyaALLAH,,,

Lukisan....

Drawing....it's such a fun thing to do when u have a leisure time.
hahaha....xtau lah bt0l k x. tpi ak bila rase ad mood nk melukis baru lah ak melukis...emmm, tpi ak xtau lah yg sbnarnye ak ni ad bakat melukis atau x. pakai hentam j.......
xde teknik2 pun.....tpi kalu diberi peluang nk jgak merasa blajar melukis...
 kelemahan ak kalu ba melukis yg plng ketara sekali...ak xpandai nk lukis mata, mulut, hidung.....tng0k j lah lukisan ak kt bawah ni.....muka kartun j sumenye...hahaha.

Gambar yg cantik molek ni, ak xtau sape yg lukis.....tngok2 dh ad dlm buku lukisan ak. ntah muka sape yg dilukis......smpai skrng ia mnjadi satu misteri...






Bila Allah Menduga Kita

Kehidupan ini tidak pernah lari dari kesulitan dan dugaan.....bt0l tak??Adakah ada di antara kita yg tidak pernah berhadapan dgn masalah tau dugaan yg kecik mahu pun besar?? Tentunya tidak bukan. The only place where people don't have to face problems is in the HEAVEN!!! Yup, satu-satunya tempat yang manusia tidak perlu berhadapan dgn masalah hanyalah di syurga...hakikatnya masalah tau dugaan itu senantiasa menjadi teman setia yang akn menemani perjalanan hidup kita di dunia ini.
Namun, kita sebagai hamba ALLAH yg bertaqwa sepatutnya, menghadapi segala dugaan dan masalah itu dgn hati yg redha.....Setiap kesulitan yg dihadapi itu merupakan tanda kasih dan sayang ALLAH kpd kita.
emmmmm......msti anda tertanya-tanya. kenapa sdemikian rupa??? sebenarnye kesulitan itu sebagai peringatan kpd kita agar tidak lalai dan alpa dr mengingatiNYA. kadang2 dugaan yg dialami itulah yg akn mengajar serta mendidik kita agar lebih berfikiran matang dan berfikiran rasional untuk menjadi insan yg kuat. ALLAH tidak akan mendatangkan hambaNYA sesuatu yg sia-sia melainkan ade hikmat disebaliknya yg kita sendiri mungkin tidak sedari. Apa yg penting sabar dan tabahkan hati...jangan mudah merungut. dugaan yg diberi itu hanyalah sedikit jika dibandingkan nikmat yang diberikan oleh ALLAH kpd kita. Kita tidak berhak dan sememangnya tidak layak untuk mempertikaikan setiap kjadian yg berlaku ke atas diri kita ini........ap yg ak cuba sampaikan ini, adalah rentetan dari kejadian kemalangan yg berlaku kpd dua rakan aku.......

Dalam kegembiraan  (masih dlm mood excited) masuk ke alam baru iaitu alam universiti, kami pelajar tamhidi USIM telah dikejutkan dengan berita yg amat menyedihkan dan memilukan hati....baru 2 minggu keberadaan  kami di sini, dua orang rakan kami telah terlibat dlm satu kemalangan yg agak ngeri dah lah langgar lari. Ya ALLAH, hancur luluh hati ak bila dpt tau berita nih, tambahan pula salah seorang dr mereka berdua tu kwn ak dr SBPI,,,meme terkejut yg teramat sngt. baru dua tiga hari kit0 orng bertegur..tup2 dngr cter dy dlm keadaan koma.,hanya ALLAH yg tau ap perasaan ak masa itu. dalam masa yg sama ak sendiri terbayang-bayang wajah pilu keluarga kedua-dua kwn ak tu....baru hepi2 masuk u, tetiba ditimpa dugaan ini.  Innalillahiwainna ilaihirojiuun.....kami kawan2 dr USIM doakn yg terbaek tuk keselamatan mereka. namun apa kan daya ALLAH lebih menyanginya, seorang dr mereka telah kembali ke rahmatullah setelah 2 hari koma.....Cik Din kwn skul ak tu, masih koma. sewaktu ak pergi melawat dy di hospital, Ya ALLAH, rasa sebak sngt2.sehebat ini ALLAH ingin mengujinya.... kuatkanlah dia ya ALLAH. namun dalam kegusaran itu Hati aku terasa sejuk tatkala melihat ibunya dpt menerima segala dugaan ini dengan tenang, dy tahu sekarang ini keluarganya sedang diuji ALLAH. syukur Alhamdulillah kerana mak cik dpt memahaminya......ak mengharapkan agar Cik Din cepat2 sembuh. biar dia dpt blajar seperti keadaan sedia kala sama seperti keng kwn yg lain...akhirnya dia dpt melepasi tahap kritikal dan sudah sedar dr koma. Ak pun pergi melawat dy kat hospital USM, Syukur Alhamdulillah ad perkembangan positif berbanding dgn dulu....KUATKAN DIRI!!!

Ice-cream Cake



masa tu ak nk kena pergi ambik adk ak dr sekolah...oleh sebab dia lambat lagi nk selesai latihan pantun, jadi ak pergi ke muda osman dekat bandar Pasir Puteh ni,niat di hati nk pergi beli buku terbaru Prof. Muhaya tajuknye " Successful Medical Student"....tpi xde, terpaksalah pergi cari b0okstore lain. sambil2 tu ak belek j buku resepi, tetiba ak ternampak resepi Kek Aiskrim ni, mcm menarik j. ak p0n ap lg, intai2 lh ckit cara nk buatnye...fuhhh,.kacang j nih.hahaha......ak bacalah ckit2, then balik umah tu ak terus search internet jgak, saje nk dptkn variasi...tpi cara penyediaan kek nih hampir sama j.....kek ni sebenarnye blh dibuat sndiri atau beli j yg siap.sbb kek nih just tambah ice-cream....ap lg, Let's get Started!!!!







































BAHAN-BAHAN
*Kek span
*Ais-krim (apa perisa)
*Whipping cream (hiasan)
*Chocolate rice  (hiasan)
*Biskut oreo  (hiasan)

CARA MEMBUATNYA
1. Bahagikan kek span kepada 3 bahagian atau terpulang pada kehendak anda
2. Pastikan kek dilapik atas plastik pembalut mkanan atau aluminium foil untuk dibungkus nanti
3. Sapu ais krim yg sudah dilembutkan(tidak terlalu cair) kek.
4. Kemudian lapiskan kek dibahagian atasnya.
5.Ulang sampai habis.Bekukan dalam petisejuk lebih kurang 6 jam.
6.Lepas itu, anda bolehlah hias kek anda mengikut kreativiti masing2.

emmm....

wAlaupun hanya berkesempatan berada lebih kurang sebulan j dkt USIM. tapi, rase dah ngam ngan suasana kt sana.....h0usemate sumenye baik2, kuliah pun bez sngt2, walau kdng2 tu ak tidur jgak time kuliah.hehehe....ap nk jd lah ak nih. lecture pun sumenye best2...huhu. ak plng xblh tahan ketawa masa kuliah Quran Sunnah. mana xnye ustz buat lawak dy, smpai kit0 orng xkering gusi. hahahha......kuliah 2 jam xterasa sngt pun (tpi kdng2 tu tng0k jam jgak sbb xsabar nk balik, maklumlah kuliah last.huhuhu.....). paling melucukan bila ustz nk terangkan sesuatu, sumenye xfaham ustz ckp.....yalah kita orng blajar Quran Sunnah dlm b.arab. ustz akn cuba fhmkan kita orng sesuatu pelajaran tu dlm b.arab jgak, sbb xnk manjakan kami dgn bg translate terus......kesian kt ustz kena ulang dua tiga kali.....barulah kami fhm...hmmmm...kdng2 tu kami buat2 fhm jgak, sbb kesian kt ustz. Ap kn daya ak terpaksa meningalkan bumi USIM tuk melanjutkn pelajaran ak kt unikl mestech Kajang......hopefully I've a bright future there!!!!!insya-ALLAH.


ukhuwah....

Jalinankanlah ukhuwah sesama kita seteguh dinding " PLANT CELL WALL"......

aLL gROWN UP!!!!

Selangkah demi selangkah ku susuri renjau kehidupan ini.....bermula dr UPSR, PMR, dan baru2 ni pelajar2 lepasan SPM 2011 masing2 sibuk dgn kptsn SPM mereka. termasuklah ak,,,,,dan ak bersyukur yg teramat sngt kpd ALLAH s.w.t kerana mdpt kptsn yg cemerlang ...ak xmenyangka result ak sebaik itu.huhu......syukur ALHAMDULILLAH...
dlm diam2 dh msk bulan 5..time nih sume orng kalut nk prepare tuk masuk universiti. Ak pun...perasaan ak masa tuh ntah lah.mcm xde perasaan p0n nk masuk universiti. sepatutnya excited lah kn....tpi ak rase cam berat hati j..mana xnya dh 3 bln duk umah goyang kaki j kerjanya....mstilah mls nk start bljar semula.adoiiii ap nk jd nih.....xblh2 ak kena lawan perasaan mls nih.......huhu.ak memang xsngka dpt twrn tamhidi pergigian USIM....plng menyedihkn lg setiap kali kengkwn tnye ak dpt twrn u mana.ble ak ckp j USIM..dy orng sume xtau kat mana.eeee...geram tau.setelah ak selidik rupa2nye USIM nih masih baru lg. emmm...taun ni baru ad graduate bg ijazah pergigian.patutlah ramai xkenal.tmbahan pula USIM ni bkn calang2 orng tau blh msk...hanya individu yg amik subjek aliran agama j  blh msk USIM.jgn main2....so,USIM nih famous dlm kalangan pelajar2 aliran agama lah.huhuhu....pelbagai gambaran yg sukar tuk ku jangkau tentang suasana baru kt USIM nanti.al-maklumlah, kehidupan d u dah xsama cam pelajar sek0lah lg dah.....kena pndai2 berdikari.hmm....ap pun dugaan yg melanda ku tabahkan hati ini. insya-ALLAH. walau pd mulanya hati ak ni berat tuk k USIM,tpi ak percaya ALLAH dh tetapkan yg terbaik tuk ak.jd ak terimanya dgn hati yg terbuka.....kalau difikirkan secara positif, sekurang-kurangnya kemasukan ak ke USIM ak dpt meneruskan subjek b.arab. Subjek yg kucintai.....ruginya kalau ak tinggalkn b.Arab begitu shj.huhu....syukur ALHAMDULILLAH....USIM here I come!!!!!! :)
Hari Ta'aruf plajar USIM


P/S: always take something in a positive way.....

Kek Indulgence

SYUKUR Alhamdulillah, akhirnya hajat sy untk pergi belajar kek tercapai...huhu. Em sy telah belajar resepi kek indulgence....nampak senang j. tapi agak cerewet lah sebab bnyk bahan yg nak kena guna. em...agak2nye bila lh  nk try buat sndiri kek ni. Rase kek ni, xyoh oyat lh meme sedap. Kat secret recipe p0n ade jual kek ni.....so, sy nk kongsi resepi kek indulgences tu. sebelum dari tu sy nk ucap berbanyk tima kasih kt kwn sy ni krn dia telah ajak sy nk join kelas tu n syukron jgak kat umi dia kerna sudi ajar sy yg sememangnye xtau menahu p0n pasal nk wat kek ni. insyaALLAH
sy cuba manfaatkan apa yg tlh sy pelajari....he3

pertama sekali kte tng0k resepi untuk kek ni ok..

CAKE
  • 250 g chocolate sponge mix
  • 1/4 cawan air
  • 4 biji telur gred A
  • 1/4 cawan marjerine yg telah dicairkan/minyak/butter
Cara nak membuatnya:
  1. Campur semua bahan di atas kecuali marjerine dan dikacau dengan kadar yang laju. Lepas sebati barulah tambah 1/4 cawan marjerine/minyak/butter.
  2. Kemudian dalam masa yang sama panaskan oven pada suhu 170 darjah.
  3. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan bakar selama 3o minit di bahagian bawah oven.
  4. Kek pun dah siap. Jadi sementara tunggu kek siap dibakar apa kata kte tngok pulak resepi cream dan toping untuk kek pulak.
CREAM
  • 650 g UHT whipping cream
  • 130 g white chocolate (Berly/Couverture)
  • 100g milk chocolate (Berly/Couverture)
Cara nak membuatnya:
  1. Putarkan whipping cream sehingga menjadi pekat (jangan terlalu lama)
  2. Kemudian asingkan whipping cream kpd dua bahagian, slh satunye 425 g dan satu lagi 225 g.
  3. Pada masa yang sama, cairkan white chocolate dan milk chocolate dengan menggunakan kaedah double boiler.
  4. Selepas siap. Campurkan 425 g whipping cream dengan white chocolate. Kacau hingga sebati. Campuran ni kita panggil mousse white chocolate.
  5. Manakala 225 g whipping cream pula dicampur dengan milk chocolate. Kacau hingga sebati. Campuran ni kita panggil mousse chocolate.
SYRUP
  • 9 sudu besar susu cair
  • 1 sudu teh Nescafe
TOPING
  • 130 g UHT whipping cream
  • 130 g milk chocolate
Cara nak membuatnya:
  1. Putar whipping cream sehingga menjadi pekat.
  2. Cairkan milk chocolate dengan menggunakan kaedah doule boiler
  3. Kemudian campur kedua-duanya dan kacau sehingga sebati.
So, macam mana dapat tak??hehe. 
OK!!
Apabila kek kita dah masak, so get ready untuk kita hias kek dan tambah apa yg patut...

  1. Bahagikan kek kepada tiga bahagian. mksudnya kena kerat kek tulah...
  2. ok, lepas tu setiap potongan kek tu kita sapukan 3 sudu syrup yg telah kita buatkan tadi.
  3. Pada lapisan pertama kek, setelah kita sapukan 3 sudu syrup,kita sapukan pula mousse white chocolate. Bukan semua tau, bahagikan kepada dua bahagian ek....
  4. Pada lapisan kedua pula, sapukan kesemua mousse chocolate. Dan kek diletakkan di atas lapisan yang pertama tadi.
  5. Pada lapisan ketiga ini, sapukan baki mousse white chocolate. Kemudian kek ini diletakkan di atas lapisan kedua tadi. Pastikan bahagian mousse white chocolate lapisan yg ketiga ni diletakkan di atas mousse chocolate lapisan kedua....
  6. Secara ringkasnya,,,, KEK-MOUSSE WHITE CHOCOLATE-KEK-MOUSSE CHOCOLATE-WHITE CHOCOLATE-KEK
  7. Setelah siap pada setiap lapisan, kemaskan kek anda.
  8. selepas itu kita bolehlah salut kek kita dengan toping dan dihiasi dengan whipping cream.
  9. Hiaslah kek dengan buah ceri atau sebagainya mengikut kreativiti masing2.

Tanah Suci


Saat aku dan keluargaku menunggu penerbangan ke KLIA sebelum berangkat ke Jeddah.


Penerbangan pulang ke tanah air....huhu.sedih tapi gembira















Syukur ALHAMDULILLAH.....itulah kalimah yang ku ucapkan sebagai tanda rasa syukur kepada Allah s.w.t yang memberi keselamatan dan keamanan kepadaku di sepanjang penerbangan aku dari Jeddah ke KLIA. Perasaan pilu dan sedih berbaur gembira meliputi hati kecilku ini....pilu dan sedih kerana sudah tiba saat untukku meninggalkan tanah haram yang sangat teramat kucintai. 14 hari aku di sana dirasakan begitu cepat sekali berlalu....disebalik kesibukan kota mekah dan disebalik ketenangan madinah al-munawwarah aku dapat rasakan satu kegembiraan dan keseronokkan yang tidak dapat ku gambarkan dengan  kata-kata. Hanya Allah sahaja yang tahu. Aku berasa begitu berat hati untuk meniggalkan tanah suci kota mekah....di sanalah tersegam megah baitullah yang menjadi kiblat seluruh umat Islam di dunia. Saat pertama kali aku menjejakkan ke masjidil haram....hatiku berasa berdebar...Ya Allah aku tidak sangka harapan dan impian ku selama ini untuk menjadi tetamuMu Ya Allah tercapai jua....biar pun  hanya menjadi jemputan umrah bukannya haji....aku tetap bersyukur. Bersyukur yang teramat sngt.moga2 ibadat umrah yang aku jalankan ini dapat menjadi persediaan kepadaku untuk mengerjakan ibadat haji pula....insyaALLAH. kU mohon agar dimurahkan rezki dan dipanjangkan umur untuk menjalani ibadat haji pula.....amiin.






Di sebalik kesibukan mengerjakan ibadat umrah di Mekah....hatiku tetiba diburu rasa gelisah dan resah tatkala membaca mesej kwn ku dari tanah air yang mengatakan keputusan SPM akan diumumkan tidak lama lagi. yang lebih mengusarkan hatiku...keputusan dijangka awal sehari daripada tarikh yang ditetapkan. ku tatap mesej itu buat seketika, memikirkan apalah agaknya keputusan yang bakal ku hadapi nanti. dan yang paling ku runsing sekali...sempatkah aku untuk mengambil result. Hnya doa yang ku titipkan. agar dikuatkan hati menjadi sekental dan sekuat batu untuk menerima apa jua keputusannnya nanti....dari pagi hingga malam aku terus berulang alik ke masjidil haram untuk mengejar solat lima waktu di sana. Mana tidaknya....inilah peluang untukku merebut pahala Allah dan yang paling ku dambakan iaitu keredaanNYA......perjalanan hampir 1 km dari hotel ke masjidil haram merupakan cabaran yg harus kutempuhi, disusuli pula kesesakan orang ramai yang berpusu-pusu ke sana. Aku berasa kagum dan bahagia sekali melihat masing-masing berkejar-kejar ke masjidil haram untuk beribadat kepada ALLAH Yang Esa....mungkin ada yang ingin mengerjakan umrah, melakukan tawaf sunat, solat fardu, solat sunat, tilawah al-Quran, tawaf wida dan macam2 lagi. Hal ini amat jarang berlaku di Malaysia. Walau azan solat dilaung...masih ada yang leka dengan internet. masih ada yang lena diulik mimpi. masih ada yang sibuk bermain. em......entahlah apa nak jadi......Wahai muslimin sekalian, solat itu tiang agama!!!siapa yang meruntuhkan solat bermakna dia telah meruntuhkan agamanya sendiri....nauzubillah. Saat keberadaan aku di sana pelbagai kerenah yang aku lihat.....ada yang lucu, ada yang gembira....ada...em...macam2 lagilah. Sukar untuk ku jelaskan. Keindahan masjidil haram masih turut terselah walau pun di kawasan sekitarnya pesat dengan pembangunan yang bagiku amat rancak sekali.....pembaharuan yang bakal dibuat memungkinkan lebih ramai jemaah ke masjidil haram....syukur ALHAMDULILLAH....marilah ramai2 kita meramaikan masjidil haram sebagai tetamu ALLAH yang diberkati. insyaALLAH. sekadar coretan dariku di tanah suci.....!!!!

10 Perkara yang Sia-sia

Sufyan ats-Tsauri merupakan seorang ulama hadis yang terkemuka. Beliau telah menyatakan secara jelas bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu :


Renungan.....
  1.  Lelaki dan perempuan yang hanya berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak memohon doa untuk kedua-dua ibu bapa mereka sendiri dan kaum muslimin.
  2. Orang yang kerap kali membaca al-Quran, tetapi malang sekali dia tidak membaca dengan tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari
  3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat sunat tahiyatul masjid
  4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka
  5. Lelaki yang tidak mengerjakan solat Jumaat berjemaah setelah di masuk ke suatu kota pada hari Jumaat kemudian dia keluar dari kota tersebut
  6. Lelaki atau wanita yan tinggal di suatu linkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
  7. Dua orang lelaki yang bersahabat. tapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya
  8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak melayani tetamunya itu
  9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti
  10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Memelihara Ukhuwah Islamiyah

Dalam ruangan kali ini suka untuk saya berkongsi tentang satu tajuk yang saya kira amat penting dalam kehidupan kita bermasyarakat. Tajuk ini adalah salah satu tajuk yang paling saya gemari dalam pendidikan syariah islamiyah di bawah tajuk ayat hukum. bagi memudahkan kefahaman mengenai tajuk yang akan dibincangkan ini, marilah sama-sama kita merujuk ayat suci al-Quran dalam surah al-hujurat ayat 11-12.



Secara ringkasnya dalam ayat ini Allah swt telah memberi peringatan kepada orang mukmin baik lelaki mahupun perempuan supaya kita menjaga persaudaraan antara satu sama lain. Allah telah mengingatkan kita supaya menjauhkan diri daripada sifat-sifat yang tercela yang akan memusnahkan ukhuwah islamiyah atau tali persaudaraan dengan perbuatan seperti mengumpat, memfitnah, memanggil dengan gelaran yang buruk, mencari-cari kesalahan orang lain dan sebagainya.



JENIS-JENIS LARANGAN YANG TERDAPAT DALAM AYAT INI:
  1. Larangan Menghina
  2. Larangan Mencela
  3. Larangan Memanggil Dengan Gelaran Yang Buruk
  4. Larangan Buruk Sangka
  5. Larangan Mengintip Kesalahan Orang Lain
  6. Larangan Mengumpat

Sebagai pengajaran untuk kita semua, di sini ada satu kisah yang ingin dikongsi bersama yang berkaitan larangan mengintip dan mencari-cari kesalahan orang lain. Peristiwa ini diceritakan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' bab 'amar makruf dan nahi munkar.'

Kisahnya bermula,,,


Pada suatu hari saidina umar al-khattab telah memanjat tembok rumah seorang lelaki dan beliau melihat lelaki tersebut sedang melakukan perkara yang dibencinya yakni maksiat. Lalu tanpa berlengah sadina Umar menegur lelaki tersebut.

Lelaki itu menegur semula saidina Umar, dengan berkata: " Wahai Amirulmukminin, aku telah melakukan satu maksiat kepada Allah sedangkan engkau telah melakukan tiga maksiat kepadaNYA. 

Lantas saidina Umar terus bertanya: " Apakah maksiat yang telah aku lakukan?

Lelaki itu berkata Allah SWT telah berfirman, maksudnya : "Janganlah kamu mengintip kesalahan orang lain- sedangkan engkau telah mengintipku.

Allah juga telah berfirman, maksudnya: " dan masuklah ke dalam rumah melalui pintunya- tetapi engkau telah memanjat rumahku dari atap. 

Allah berfirman lagi, maksudnya: " Janganlah kamu masuk ke dalam mana2 rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu meminta izin terlebih dahulu dan memberi salam kepada penghuninya- tetapi engkau memasuki rumahku tanpa izin dan tanpa memberi salam padaku"

Lalu umar meninggalkannya dengan mensyaratkan kepadanya agar bertaubat


Check point hidup manusia

CHECK POINT HIDUP MANUSIA

Adakah kita sedar hakikat sebenar kehidupan kita sebagai seorang hamba ALLAH?? Marilah sama-sama kita renungi perjalanan hidup kita sebagai seorang musafir di dunia ini....perjalanan kita masih panjang sebelum menuju ke syurga ALLAH yang kita idam-idamkan itu. Masih jauh lagi...adakah kita mampu untuk menghadapinya?? 

Perjalanan hidup seorang manusia itu dimulai di ALAM ROH,,,,



Firman ALLAH SWT maksudnya:


Dan(ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka(seraya berfirman): Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: " Betul Engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi."(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: " Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap keEsaan Allah SWT.

(Al-A'raaf: 172)


Begitulah janji2 yang telah diungkapkan oleh manusia ketika di alam azali, mengapa harus diingkari terhadap perjanjian yang telah dilakukan sendiri.



Alam yang seterusnya ialah ALAM RAHIM
Hasil percantuman antara ovum dan sperma maka terbentuknya satu sel, yang terus berkembang menjadi dua dan terus berkembang sehingga menjadi fetus.
Di sini merupakan tempat yang paling selamat bagi manusia iaitu di alam rahim ibunya. Pada masa inilah nyawa mula ditiupkan semasa bayi berada dalam kandungan. 

Setelah genap tempoh 9  bulan 10 hari dalam kandungan ibu maka lahirlah seorang hamba ALLAH yang telah dijadikan dengan sebaik-baik ciptaanNya berbanding dengan makhluk ALLAH yang lain. DUNIA ini ibarat kenderaan yang membawa kita musafir ke alam akhirat. Dunia adalah sebagai tempat untuk kita mengutip segala bekalan pahala yang bakal menyelmatkan kita di akhirat kelak. Namun sebanyak manakah bekalan yang telah kita persiapkan itu??? Ramai yang kecundang. Adakah kita salah satu daripada mereka. Nauzubillah....



SAKARATULMAUT. Saat inilah yang paling memeritkan. Sakitnya sakaratulmaut sukar untuk kita tafsirkan. Namun yang pasti setiap yang hidup pasti akan merasainya. Saat ini jugalah kita diuji antara iman dan kufur. Marilah kita sama2 berdoa memohon agar kita meninggal dunia dengan kesudahan yang baik

اَللّÙ‡ُÙ…َّ اخْتِÙ…ْ Ù„َÙ†َا بِاْلاِسْلاَÙ…ِ ÙˆَاخْتِÙ…ْ Ù„َÙ†َا بِاْلاِÙŠْÙ…َانِ ÙˆَاخْتِÙ…ْ Ù„َÙ†َا بِØ­ُسْÙ†ِ الْØ®َاتِÙ…َØ©ِ
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”


Dikala berada di alam kubur atau alam barzakh
Diri ini sendirian tidak berteman
Terasing & sepi
ALAM KUBUR
merupakan check point manusia yang seterusnya setelah hidup di dunia untuk menuggu tibanya detik hari kiamat
Siapa kata setelah terputusnya roh dari jasad maka sudah tiada apa2, TIDAK!!
Di sini kita akan disoal oleh dua  hamba Allah yang taat
MUNKAR & NAKIR
Di sini lagi kita akan diazab atas segala amalan kita di dunia
Nauzubillah,,,mudah-mudahan kita terhindar dr azab kubur

Seterusnya adalah TIUPAN SANGKAKALA buat PERTAMA kalinya. Tiupan ini akan memusnahkan seluruh umat manusia dan makhluk kecuali Allah dan malaikat Israfil
TIUPAN SANGKAKALA KALI KE-2. Manusia akan dihidupkan semula. Jangka sangka mayat hancur dimamah bumi tidak akan dibangkitkan.

AL-HASYAR
(manusia dikumpulkan)
kesemua manusia akan berjalan menuju ke padang mashyar
mereka berarak-arak seperti jemaah haji di Arafah. Di sinilah manusia akan dihitungkan segala amalan-amalan mereka, baik buruk mahupun jahat. Meraka akan diadili oleh ALLAH dengan seadil-adilnya. tiada sesuatu pun yang terlepas dari pengetahuan ALLAH.
Antara perkara yang berlaku saat di padang mahsyar ialah:
  • penerimaan Syafaat
  • penerimaan Kitab amalan
  • Hisab
  • Mizan
  • Telaga al-Haud (insan yang terpilih mampu melegakan tekuk menegak air di Telaga Nabi ini)

TITIAN SIRAT
penentuan seseorang itu ke syurga atau neraka. Ada yang melaluinya sepantas kilat. Ada yang melaluinya dengan merangkak-rangkak....bergantung kepada amalan mereka di dunia. Setelah itu sampailah kita ke destinasi yang terakhir. Sama ada,,,,,,


Muffin Pisang





Hari ni first time sy cuba buat muffin.
Mula tu tkut jgok la nok buat, tkut xjd...bazir plop 6ti. Tapi syukur Alhamdulillah, dengan memulakan lafaz basmalah...jd jugok
heheh,,,



Bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/3 sudu teh garam
3 biji pisang (dilecek)

1 sudu besar mayonis

1 biji telur

3/4 cawan gula halus (dikisar)

1/3 cawan mentega cair


Cara membuatnya:

               1.  campurkan telur, gula dan mayonis. kacau bahan tersebut hingga sebati. kemudian masukkan pisang yang telah dilecek dan kacau hingga rata.  

           2.  Campur tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, garam kemudian diayak.  

          3.   Adunan tepung gandum disatukan dengan adunan mula2 tadi dan masukkan mentega cair. Gaul adunan hingga sebati dan digaul dengan pantas.

          4.  Masukkan adunan ke dalam bekas muffin 3/4 penuh. Bakar muffin tersebut dengan suhu 180 darjah celcius selama 25 minit atau hingga masak.Gunakan api atas bawah.










Resepi Murtabak Maggi


   Boleh dikatakan hampir semua orang suka makan maggi kan.
 Asyik yg berkuah j.... Cubalah cari kelainan dengan membuat murtabak maggi.
Resepi ini sy belajar ngan kwn kat skul sy dulu. senang sngt2...



   BAHAN:
Ø  Sepeket maggi atau mamee (ikut suke)
Ø  Lada dihiris halus2
(bg yg suke pds, x letak pun xpe)
Ø  2 biji telur
Ø  Sayur ckit: carrot , daun sup & daun bwng
(dipotong halus2)
Ø  Perencah maggi



CARA MEMBUATNYA:         
                                 
      1. Rebus maggi tanpa perencahnya. Angkat dan toskan apabila maggi tadi dah lembut, tapi jgn terlalu lembut.


      2. Potong sayur2 tadi halus2 dan campur ngan maggi.Kalu xnak letak sayur pun xpe....


      3. Pastu masukkan perencah ke dalam mangkuk yg berisi maggi&syur tadi. Masukkan lada bg sapa yg suka pedas la...


      4. Gaul kesemua bahan tadi hingga rata untuk mendapatkan rasa yg sekata


      5. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk berisi maggi dan gaul sekali lg hingga sebati.



      6. Panaskan pan/kuali dan gorengkan maggi tadi dengan minyak yg x terlalu bnyak


      7. Bila dah masak, angkat dan sedia dihidangkan

      8. Nak tambahkan perasa blh mkn ngan sos cili atau apa2 yg awk sume suka....FINISH!

Resepi Biskut Tart Nenas


Kalau dulu masa Tok Ma masih ada. Bila time raye je Tok Ma
akn buat biskut tart nenas. Sebab aku suka sngt. Tapi sekarang Tok Ma dah xde,
jd aku pun tanye lah mama resepi biskut ni. Nak cuba wat sendiri,
dah xde yg nak tlng buatkan untk saye...senang sngt nak buat.

BAHAN :

 250 g Mentega
4 biji kuning telur saje
4 cawan gandum
Jem nenas atau ikutlah apa2 jns jem kesukaan anda 


CARA MEMBUATNYA:

    1.       Gaul gandum dan butter. Guna tangan je. Gaul dan gaul hinggalah campuran tu jd seperti gandum semula. Kena sabar lah ckit...sbb ambik masa yg lama  jgak

  2.        Pastu baru campur kuning telur ke dlm adunan gandum tadi. Buat lubang kat tngh gandum pastu baru letak kuning telur kat tngh. Kacau sampailah sebati.

3.       Uli adunan tadi hingga jd doh

4.       Dah siap bluh la tekap biskut guna acuan biskut

5.       Letak jem kat tngh biskut. Dah siap untk dibakar.

    6.       Bakar pada suhu 150 darjah dgn guna api bwh saje..

Aiskrim Goreng

Tadi sy baru j cuba resepi aiskrim goreng...
Senang, xlah susah dan yg plng penting rasenya tu sedap!!!
Sy mkn ckit j, yg lain kasi adk...
Bagi sy kalu mskan yg dibuat tu berjaya sudah mjd satu kepuasan dan plng seronok tngok orng lain menikmati keenakan mskan yg kita buat tu kan!!!



Saya guna aiskrim perisa coklat
rasenya mmg sedap dan ranggup !!
rugi kalau tak cuba, hehe...

BAHAN-BAHAN

  Aiskrim (apa2 perisa yg disukai)
  Beberapa keping roti
  Minyak
  Plastik penyimpanan/bekas



CARA MEMBUATNYA:




     1. Letak sekeping roti atas pinggan dan letakkan satu scoop aiskrim ditengah roti(jgn terlalu bnyak). Kemudian ambil satu lagi roti dan tutup aiskrim tadi.

     2.Gunakan acuan atau sebarang bekas untuk menerap roti itu hingga terputus bahagian tepi roti. Anda juga boleh gunakan pisau untk potong tepi roti.

     3. Kemudian kepit bahagian tepi roti agar tidak terbuka dengan cara memicit hujung roti itu

     4. Masukkan roti itu dalam plastik/bekas dan simpan dalam peti sejuk selama 3 jam

     5. Panaskan minyak dan kemudian gorengkan roti tersebut. Balikkan roti agar masak sekata. Pastikan tidak terlalu lama menggoreng kurang 1 minit. 

     6. Angkat roti tersebut dengan segera & boleh terus dimakan.

Puding Roti



BAHAN

1/2 tin susu cair
2 biji telur2 senduk gula
3 keping Roti (dipotong memanjang secara kecil2)



CARA MEMBUATNYA:

1.Susu cair, telur dan gula dimasukkan ke dalam pengisar untuk dikisar (blender). Dalam masa yang sama panaskan pengkukus.

2. Koyakkan roti kepada kepingan kecil2 ke dalam bekas.

3.tuangkan bahan yang telah diblender tadi ke dalam bekas yang berisi roti. pastikan roti tidak terlalu banyak.

4.kemudian, puding tadi boleh dikukus sehingga masak. lebih kurang dalam setengah jam bergantung kepada tahap kepanasan pengukus anda.

5. selamat mencuba!!!!

Chocolate Chips Cookies




BAHAN A (diayak)

200 g tepung naik sendiri
160 g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam


BAHAN B (dipukul hingga putih dan gebu)
180 g mentega
90 g gula castor
100 g brown sugar


BAHAN LAIN
2 biji telur
100 g chocolate chips
1 sudu teh esen vanila



So,,,let's move it:
  1. Bahan A diayak
  2. Bahan B dipukul hingga menjadi putih dan gebu. Kemudian masukkan 2 biji telur dan esen vanila ke dalam bahan B serta dipukul sehingga sebati
  3. Campurkan bahan A dan bahan B beserta coklat chips. Gaul kan bahan-bahan tersebut sekali hingga sebati.
  4. Sapu minyak atau mentega pada loyang.
  5. Selepas itu, gunakan sudu untuk membentuk biskut tersebut bagi mendapatkan saiz yang sama besar
  6. Setelah siap, bakar biskut yang telah dibentuk tadi dengan oven menggunakan suhu 180 darjah lebih kurang selama 20 minit, bergantung pada tahap kepanasan oven anda.