Introduction

wadah perkongsian resepi, idea dan cerita. Mudah-mudahan anda semua mendapat manfaat daripada blog ini insyaALLAH,,,

Tabahlah hati....

Apakah aku hanya membutakan mata?
Apakah aku hanya menulikan telinga?
Apakah aku hanya mengunci bicara?
Apakah aku hanya kaku....
Kaku, tidak berbuat apa-apa?

Apakan daya,
Matanya telah buta dengan indahnya nikmat duniawi,
Telinganya telah tuli dengan bisikan syaitan durjana,
Mulutnya telah terkunci dari bicara tarbawi,
Gerak-gerinya terus jauh....jauh menyimpang...

Ku gagahkan diri ini untuk terus menasihati,
kerana aku sayangkannya.

Sungguh bukan aku yang berkuasa untuk memberikan hidayah, tapi aku yakin ALLAH pasti!

Lawak sentap....

Cerita apa yang telah diceritakan...

Suatu hari, naik teksi....
Tetiba p.cik Arab tanya,
شو يعني كسل بالأنجليزي؟؟
Apa perkataan malas dalam bahasa Inggeris.

Aku jawab, "Lazy."
ماليزي , مش كسل!!
(Kalau dalam bahasa Arab ما maksudnya 'tidak'. )
Sentapnyaaaaa...malu.
iye ke budak malaysia rajin.
emmm....semak lah diri sendiri.
moga gurauan pak cik menjadi penyuntik semangat untuk aku menjadi seorang yang rajin! Ameen

LELAKI

Lelaki...

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebangaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaanya,
Lelaki memegari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angakatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

Srikandi,
Damsyik, Syria
(petikan novel Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha Mohd. Noordin)

Rilek2.....

Eishhhhh....
susahnya nak pilih mana satu yg dia suka
susahnya...kenapa ada orng yg cerewet.
tak suka makan ni..tak suka makan tu...
tak suka warna ni..tak suka warna tu...
nak kena buat macam ni..
nak kena buat macam tu..
kenapa lain orng, lain citarasa?????
kenapa lain orng, lain caranya????
suka jelah semua benda....ikut jelah kita buat ap...
kenapa nak cerewet!

kerana ALLAH ciptakan setiap manusia tu ada keunikan yg tersendiri,
supaya kita menjadi se0rang yg saling bersabar antara satu sama lain....
supaya kita menjadi se0rang yg saling bertolak ansur...
supaya kita menjadi se0rang yg saling memahami...

Kali ni...

wow.....dah lama yg teramat sngt blog ni x di'update'!!!! what happened?????huhhh.....
this is a random post....hampir setahun lebih tak update, have a lottof stories to share!!

This entri I would like to share lessons, that I have learnt at home.
cuti aku as a 2nd year dentistry student bukannya lama sngt.s0bs3......
hampir setahun meninggalakan tanah air terchenta....jadinya cuti sem kali ni, aku decide nk balik. Disebabkan jiwaku yang dah mulai meronta-ronta , memujuk rayu tuk ak pulang walau cuti hanyalah 2 minggu...
emmmm......walau cuti yg skjp bnyk benda yg ak belajar kat rumah :

1. aku perhatikan mama. MasyaALLAH mama salah se0rang insan yg patut aku banggakan. patut aku contohi....kenapa?? kerana mama se0rang yg sngt menjaga mutabaah amal. Mungkin, mama tidak mengerti pun apa itu mutabaah amal...tapi, mama mampu untuk menjaganya.TERSENTAP ! Malu.....
aku....orng yg tahu..
aku....orng yg mengerti apa itu mutabaah amal, tapi aku pandang enteng s0al ini.
whuaaaaa.......mengapa, ke mana lenyapnya segala pengertian tarbiyah dzatiyah yg aku belajar??? Amalina...wake cup??hahaha....serius2...wake up!!! malulah dgn diri sendiri, dan yang paling memalukan...malulah engkau dgn Allah! 
aku antara orng yg tahu..aku antara orng yg diberitahu..tapi apa aku buat??? adakah sekadar buat tak tahu??? Ouchhhh......
c0me on girl....masa akn trs berlalu ibarat air sungai yg mengalir. jaga mutabaah amal, okayh!

Ada satu kata2....

Hari-hari adalah lembaran baru untuk goresan amal perbuatan.Jadikanlah hari-harimu sarat dengan amalan yang terbaik.Kesempatan itu akan segera lenyap secepat perjalanan awan, dan menunda-nunda pekerjaan tanda orang yang rugi.Dan barangsiapa bersampan kemalasan, ia akan tenggelam bersamanya.

2. Ketenangan. sangat aku kagumi ketenagan yg ditonjolkan oleh abah! Abah the awesome guy ever!! He's so co0l! ~ihiks
Ada apa dgn ketenangan??? hmmm.....orng yg tenang biasanya akn bertindak bijak bukan? Tidak akn bertindak melulu..kerana dia menggunakan akal yg rasional bukan sekadar emosi yg tidak terkawal.
Tambahan pula, ketenangan menghadirkan perasaan yg senang hati dalam jiwa. xdelah nak emo2 kn3....

Suatu hari, ak pergi ambil abah dkt bengkel. seperti biasa, abah adlh seorang driver yg plng berhemat, cermat......kelajuan abah..huhuhuhu.......tak terungkap dek kata2. Sabar ajelah... dalam hati ak, abah b0leh tak laju sikit, xde kereta kat dpn tu!! or maybe, he wanna spend a g0lden time with her daughter???mngkin2.....husnuzh0n.hehehe. Tanpa diduga, tetiba, sebuah lori dr arah yg bertentangan dgn kami terbabas..dan hampir melanggar kereta abah, sbb tayar lori tu tertanggal. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Terkecut perut. hampir gugur jatung aku dibuatnya. mulut ku tak henti2 mengucapkan rasa syukur krn terselamat. dan pemandu lori tu p0n sempat brek. Nasib baik abah tak drive laju2. rasa nk nanges....Ya Allah!!! emm..aku kena belajar lbh lagi tuk menjd seorang yg tenang mcm abah!!!
"whatever the pr0blems you faced, just be patient!"
tapi...kadang2, air yang tenang jgn disangka tiada buaya!!!hahahaha.....