Introduction

wadah perkongsian resepi, idea dan cerita. Mudah-mudahan anda semua mendapat manfaat daripada blog ini insyaALLAH,,,

10 Perkara yang Sia-sia

Sufyan ats-Tsauri merupakan seorang ulama hadis yang terkemuka. Beliau telah menyatakan secara jelas bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu :


Renungan.....
  1.  Lelaki dan perempuan yang hanya berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak memohon doa untuk kedua-dua ibu bapa mereka sendiri dan kaum muslimin.
  2. Orang yang kerap kali membaca al-Quran, tetapi malang sekali dia tidak membaca dengan tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari
  3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat sunat tahiyatul masjid
  4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka
  5. Lelaki yang tidak mengerjakan solat Jumaat berjemaah setelah di masuk ke suatu kota pada hari Jumaat kemudian dia keluar dari kota tersebut
  6. Lelaki atau wanita yan tinggal di suatu linkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
  7. Dua orang lelaki yang bersahabat. tapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya
  8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak melayani tetamunya itu
  9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti
  10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Memelihara Ukhuwah Islamiyah

Dalam ruangan kali ini suka untuk saya berkongsi tentang satu tajuk yang saya kira amat penting dalam kehidupan kita bermasyarakat. Tajuk ini adalah salah satu tajuk yang paling saya gemari dalam pendidikan syariah islamiyah di bawah tajuk ayat hukum. bagi memudahkan kefahaman mengenai tajuk yang akan dibincangkan ini, marilah sama-sama kita merujuk ayat suci al-Quran dalam surah al-hujurat ayat 11-12.



Secara ringkasnya dalam ayat ini Allah swt telah memberi peringatan kepada orang mukmin baik lelaki mahupun perempuan supaya kita menjaga persaudaraan antara satu sama lain. Allah telah mengingatkan kita supaya menjauhkan diri daripada sifat-sifat yang tercela yang akan memusnahkan ukhuwah islamiyah atau tali persaudaraan dengan perbuatan seperti mengumpat, memfitnah, memanggil dengan gelaran yang buruk, mencari-cari kesalahan orang lain dan sebagainya.



JENIS-JENIS LARANGAN YANG TERDAPAT DALAM AYAT INI:
  1. Larangan Menghina
  2. Larangan Mencela
  3. Larangan Memanggil Dengan Gelaran Yang Buruk
  4. Larangan Buruk Sangka
  5. Larangan Mengintip Kesalahan Orang Lain
  6. Larangan Mengumpat

Sebagai pengajaran untuk kita semua, di sini ada satu kisah yang ingin dikongsi bersama yang berkaitan larangan mengintip dan mencari-cari kesalahan orang lain. Peristiwa ini diceritakan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' bab 'amar makruf dan nahi munkar.'

Kisahnya bermula,,,


Pada suatu hari saidina umar al-khattab telah memanjat tembok rumah seorang lelaki dan beliau melihat lelaki tersebut sedang melakukan perkara yang dibencinya yakni maksiat. Lalu tanpa berlengah sadina Umar menegur lelaki tersebut.

Lelaki itu menegur semula saidina Umar, dengan berkata: " Wahai Amirulmukminin, aku telah melakukan satu maksiat kepada Allah sedangkan engkau telah melakukan tiga maksiat kepadaNYA. 

Lantas saidina Umar terus bertanya: " Apakah maksiat yang telah aku lakukan?

Lelaki itu berkata Allah SWT telah berfirman, maksudnya : "Janganlah kamu mengintip kesalahan orang lain- sedangkan engkau telah mengintipku.

Allah juga telah berfirman, maksudnya: " dan masuklah ke dalam rumah melalui pintunya- tetapi engkau telah memanjat rumahku dari atap. 

Allah berfirman lagi, maksudnya: " Janganlah kamu masuk ke dalam mana2 rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu meminta izin terlebih dahulu dan memberi salam kepada penghuninya- tetapi engkau memasuki rumahku tanpa izin dan tanpa memberi salam padaku"

Lalu umar meninggalkannya dengan mensyaratkan kepadanya agar bertaubat


Check point hidup manusia

CHECK POINT HIDUP MANUSIA

Adakah kita sedar hakikat sebenar kehidupan kita sebagai seorang hamba ALLAH?? Marilah sama-sama kita renungi perjalanan hidup kita sebagai seorang musafir di dunia ini....perjalanan kita masih panjang sebelum menuju ke syurga ALLAH yang kita idam-idamkan itu. Masih jauh lagi...adakah kita mampu untuk menghadapinya?? 

Perjalanan hidup seorang manusia itu dimulai di ALAM ROH,,,,



Firman ALLAH SWT maksudnya:


Dan(ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka(seraya berfirman): Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: " Betul Engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi."(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: " Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap keEsaan Allah SWT.

(Al-A'raaf: 172)


Begitulah janji2 yang telah diungkapkan oleh manusia ketika di alam azali, mengapa harus diingkari terhadap perjanjian yang telah dilakukan sendiri.



Alam yang seterusnya ialah ALAM RAHIM
Hasil percantuman antara ovum dan sperma maka terbentuknya satu sel, yang terus berkembang menjadi dua dan terus berkembang sehingga menjadi fetus.
Di sini merupakan tempat yang paling selamat bagi manusia iaitu di alam rahim ibunya. Pada masa inilah nyawa mula ditiupkan semasa bayi berada dalam kandungan. 

Setelah genap tempoh 9  bulan 10 hari dalam kandungan ibu maka lahirlah seorang hamba ALLAH yang telah dijadikan dengan sebaik-baik ciptaanNya berbanding dengan makhluk ALLAH yang lain. DUNIA ini ibarat kenderaan yang membawa kita musafir ke alam akhirat. Dunia adalah sebagai tempat untuk kita mengutip segala bekalan pahala yang bakal menyelmatkan kita di akhirat kelak. Namun sebanyak manakah bekalan yang telah kita persiapkan itu??? Ramai yang kecundang. Adakah kita salah satu daripada mereka. Nauzubillah....



SAKARATULMAUT. Saat inilah yang paling memeritkan. Sakitnya sakaratulmaut sukar untuk kita tafsirkan. Namun yang pasti setiap yang hidup pasti akan merasainya. Saat ini jugalah kita diuji antara iman dan kufur. Marilah kita sama2 berdoa memohon agar kita meninggal dunia dengan kesudahan yang baik

اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”


Dikala berada di alam kubur atau alam barzakh
Diri ini sendirian tidak berteman
Terasing & sepi
ALAM KUBUR
merupakan check point manusia yang seterusnya setelah hidup di dunia untuk menuggu tibanya detik hari kiamat
Siapa kata setelah terputusnya roh dari jasad maka sudah tiada apa2, TIDAK!!
Di sini kita akan disoal oleh dua  hamba Allah yang taat
MUNKAR & NAKIR
Di sini lagi kita akan diazab atas segala amalan kita di dunia
Nauzubillah,,,mudah-mudahan kita terhindar dr azab kubur

Seterusnya adalah TIUPAN SANGKAKALA buat PERTAMA kalinya. Tiupan ini akan memusnahkan seluruh umat manusia dan makhluk kecuali Allah dan malaikat Israfil
TIUPAN SANGKAKALA KALI KE-2. Manusia akan dihidupkan semula. Jangka sangka mayat hancur dimamah bumi tidak akan dibangkitkan.

AL-HASYAR
(manusia dikumpulkan)
kesemua manusia akan berjalan menuju ke padang mashyar
mereka berarak-arak seperti jemaah haji di Arafah. Di sinilah manusia akan dihitungkan segala amalan-amalan mereka, baik buruk mahupun jahat. Meraka akan diadili oleh ALLAH dengan seadil-adilnya. tiada sesuatu pun yang terlepas dari pengetahuan ALLAH.
Antara perkara yang berlaku saat di padang mahsyar ialah:
  • penerimaan Syafaat
  • penerimaan Kitab amalan
  • Hisab
  • Mizan
  • Telaga al-Haud (insan yang terpilih mampu melegakan tekuk menegak air di Telaga Nabi ini)

TITIAN SIRAT
penentuan seseorang itu ke syurga atau neraka. Ada yang melaluinya sepantas kilat. Ada yang melaluinya dengan merangkak-rangkak....bergantung kepada amalan mereka di dunia. Setelah itu sampailah kita ke destinasi yang terakhir. Sama ada,,,,,,


Muffin Pisang





Hari ni first time sy cuba buat muffin.
Mula tu tkut jgok la nok buat, tkut xjd...bazir plop 6ti. Tapi syukur Alhamdulillah, dengan memulakan lafaz basmalah...jd jugok
heheh,,,



Bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/3 sudu teh garam
3 biji pisang (dilecek)

1 sudu besar mayonis

1 biji telur

3/4 cawan gula halus (dikisar)

1/3 cawan mentega cair


Cara membuatnya:

               1.  campurkan telur, gula dan mayonis. kacau bahan tersebut hingga sebati. kemudian masukkan pisang yang telah dilecek dan kacau hingga rata.  

           2.  Campur tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, garam kemudian diayak.  

          3.   Adunan tepung gandum disatukan dengan adunan mula2 tadi dan masukkan mentega cair. Gaul adunan hingga sebati dan digaul dengan pantas.

          4.  Masukkan adunan ke dalam bekas muffin 3/4 penuh. Bakar muffin tersebut dengan suhu 180 darjah celcius selama 25 minit atau hingga masak.Gunakan api atas bawah.










Resepi Murtabak Maggi


   Boleh dikatakan hampir semua orang suka makan maggi kan.
 Asyik yg berkuah j.... Cubalah cari kelainan dengan membuat murtabak maggi.
Resepi ini sy belajar ngan kwn kat skul sy dulu. senang sngt2...



   BAHAN:
Ø  Sepeket maggi atau mamee (ikut suke)
Ø  Lada dihiris halus2
(bg yg suke pds, x letak pun xpe)
Ø  2 biji telur
Ø  Sayur ckit: carrot , daun sup & daun bwng
(dipotong halus2)
Ø  Perencah maggi



CARA MEMBUATNYA:         
                                 
      1. Rebus maggi tanpa perencahnya. Angkat dan toskan apabila maggi tadi dah lembut, tapi jgn terlalu lembut.


      2. Potong sayur2 tadi halus2 dan campur ngan maggi.Kalu xnak letak sayur pun xpe....


      3. Pastu masukkan perencah ke dalam mangkuk yg berisi maggi&syur tadi. Masukkan lada bg sapa yg suka pedas la...


      4. Gaul kesemua bahan tadi hingga rata untuk mendapatkan rasa yg sekata


      5. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk berisi maggi dan gaul sekali lg hingga sebati.



      6. Panaskan pan/kuali dan gorengkan maggi tadi dengan minyak yg x terlalu bnyak


      7. Bila dah masak, angkat dan sedia dihidangkan

      8. Nak tambahkan perasa blh mkn ngan sos cili atau apa2 yg awk sume suka....FINISH!

Resepi Biskut Tart Nenas


Kalau dulu masa Tok Ma masih ada. Bila time raye je Tok Ma
akn buat biskut tart nenas. Sebab aku suka sngt. Tapi sekarang Tok Ma dah xde,
jd aku pun tanye lah mama resepi biskut ni. Nak cuba wat sendiri,
dah xde yg nak tlng buatkan untk saye...senang sngt nak buat.

BAHAN :

 250 g Mentega
4 biji kuning telur saje
4 cawan gandum
Jem nenas atau ikutlah apa2 jns jem kesukaan anda 


CARA MEMBUATNYA:

    1.       Gaul gandum dan butter. Guna tangan je. Gaul dan gaul hinggalah campuran tu jd seperti gandum semula. Kena sabar lah ckit...sbb ambik masa yg lama  jgak

  2.        Pastu baru campur kuning telur ke dlm adunan gandum tadi. Buat lubang kat tngh gandum pastu baru letak kuning telur kat tngh. Kacau sampailah sebati.

3.       Uli adunan tadi hingga jd doh

4.       Dah siap bluh la tekap biskut guna acuan biskut

5.       Letak jem kat tngh biskut. Dah siap untk dibakar.

    6.       Bakar pada suhu 150 darjah dgn guna api bwh saje..

Aiskrim Goreng

Tadi sy baru j cuba resepi aiskrim goreng...
Senang, xlah susah dan yg plng penting rasenya tu sedap!!!
Sy mkn ckit j, yg lain kasi adk...
Bagi sy kalu mskan yg dibuat tu berjaya sudah mjd satu kepuasan dan plng seronok tngok orng lain menikmati keenakan mskan yg kita buat tu kan!!!



Saya guna aiskrim perisa coklat
rasenya mmg sedap dan ranggup !!
rugi kalau tak cuba, hehe...

BAHAN-BAHAN

  Aiskrim (apa2 perisa yg disukai)
  Beberapa keping roti
  Minyak
  Plastik penyimpanan/bekas



CARA MEMBUATNYA:




     1. Letak sekeping roti atas pinggan dan letakkan satu scoop aiskrim ditengah roti(jgn terlalu bnyak). Kemudian ambil satu lagi roti dan tutup aiskrim tadi.

     2.Gunakan acuan atau sebarang bekas untuk menerap roti itu hingga terputus bahagian tepi roti. Anda juga boleh gunakan pisau untk potong tepi roti.

     3. Kemudian kepit bahagian tepi roti agar tidak terbuka dengan cara memicit hujung roti itu

     4. Masukkan roti itu dalam plastik/bekas dan simpan dalam peti sejuk selama 3 jam

     5. Panaskan minyak dan kemudian gorengkan roti tersebut. Balikkan roti agar masak sekata. Pastikan tidak terlalu lama menggoreng kurang 1 minit. 

     6. Angkat roti tersebut dengan segera & boleh terus dimakan.