Introduction

wadah perkongsian resepi, idea dan cerita. Mudah-mudahan anda semua mendapat manfaat daripada blog ini insyaALLAH,,,

Kek Indulgence

SYUKUR Alhamdulillah, akhirnya hajat sy untk pergi belajar kek tercapai...huhu. Em sy telah belajar resepi kek indulgence....nampak senang j. tapi agak cerewet lah sebab bnyk bahan yg nak kena guna. em...agak2nye bila lh  nk try buat sndiri kek ni. Rase kek ni, xyoh oyat lh meme sedap. Kat secret recipe p0n ade jual kek ni.....so, sy nk kongsi resepi kek indulgences tu. sebelum dari tu sy nk ucap berbanyk tima kasih kt kwn sy ni krn dia telah ajak sy nk join kelas tu n syukron jgak kat umi dia kerna sudi ajar sy yg sememangnye xtau menahu p0n pasal nk wat kek ni. insyaALLAH
sy cuba manfaatkan apa yg tlh sy pelajari....he3

pertama sekali kte tng0k resepi untuk kek ni ok..

CAKE
  • 250 g chocolate sponge mix
  • 1/4 cawan air
  • 4 biji telur gred A
  • 1/4 cawan marjerine yg telah dicairkan/minyak/butter
Cara nak membuatnya:
  1. Campur semua bahan di atas kecuali marjerine dan dikacau dengan kadar yang laju. Lepas sebati barulah tambah 1/4 cawan marjerine/minyak/butter.
  2. Kemudian dalam masa yang sama panaskan oven pada suhu 170 darjah.
  3. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan bakar selama 3o minit di bahagian bawah oven.
  4. Kek pun dah siap. Jadi sementara tunggu kek siap dibakar apa kata kte tngok pulak resepi cream dan toping untuk kek pulak.
CREAM
  • 650 g UHT whipping cream
  • 130 g white chocolate (Berly/Couverture)
  • 100g milk chocolate (Berly/Couverture)
Cara nak membuatnya:
  1. Putarkan whipping cream sehingga menjadi pekat (jangan terlalu lama)
  2. Kemudian asingkan whipping cream kpd dua bahagian, slh satunye 425 g dan satu lagi 225 g.
  3. Pada masa yang sama, cairkan white chocolate dan milk chocolate dengan menggunakan kaedah double boiler.
  4. Selepas siap. Campurkan 425 g whipping cream dengan white chocolate. Kacau hingga sebati. Campuran ni kita panggil mousse white chocolate.
  5. Manakala 225 g whipping cream pula dicampur dengan milk chocolate. Kacau hingga sebati. Campuran ni kita panggil mousse chocolate.
SYRUP
  • 9 sudu besar susu cair
  • 1 sudu teh Nescafe
TOPING
  • 130 g UHT whipping cream
  • 130 g milk chocolate
Cara nak membuatnya:
  1. Putar whipping cream sehingga menjadi pekat.
  2. Cairkan milk chocolate dengan menggunakan kaedah doule boiler
  3. Kemudian campur kedua-duanya dan kacau sehingga sebati.
So, macam mana dapat tak??hehe. 
OK!!
Apabila kek kita dah masak, so get ready untuk kita hias kek dan tambah apa yg patut...

  1. Bahagikan kek kepada tiga bahagian. mksudnya kena kerat kek tulah...
  2. ok, lepas tu setiap potongan kek tu kita sapukan 3 sudu syrup yg telah kita buatkan tadi.
  3. Pada lapisan pertama kek, setelah kita sapukan 3 sudu syrup,kita sapukan pula mousse white chocolate. Bukan semua tau, bahagikan kepada dua bahagian ek....
  4. Pada lapisan kedua pula, sapukan kesemua mousse chocolate. Dan kek diletakkan di atas lapisan yang pertama tadi.
  5. Pada lapisan ketiga ini, sapukan baki mousse white chocolate. Kemudian kek ini diletakkan di atas lapisan kedua tadi. Pastikan bahagian mousse white chocolate lapisan yg ketiga ni diletakkan di atas mousse chocolate lapisan kedua....
  6. Secara ringkasnya,,,, KEK-MOUSSE WHITE CHOCOLATE-KEK-MOUSSE CHOCOLATE-WHITE CHOCOLATE-KEK
  7. Setelah siap pada setiap lapisan, kemaskan kek anda.
  8. selepas itu kita bolehlah salut kek kita dengan toping dan dihiasi dengan whipping cream.
  9. Hiaslah kek dengan buah ceri atau sebagainya mengikut kreativiti masing2.

Tanah Suci


Saat aku dan keluargaku menunggu penerbangan ke KLIA sebelum berangkat ke Jeddah.


Penerbangan pulang ke tanah air....huhu.sedih tapi gembira















Syukur ALHAMDULILLAH.....itulah kalimah yang ku ucapkan sebagai tanda rasa syukur kepada Allah s.w.t yang memberi keselamatan dan keamanan kepadaku di sepanjang penerbangan aku dari Jeddah ke KLIA. Perasaan pilu dan sedih berbaur gembira meliputi hati kecilku ini....pilu dan sedih kerana sudah tiba saat untukku meninggalkan tanah haram yang sangat teramat kucintai. 14 hari aku di sana dirasakan begitu cepat sekali berlalu....disebalik kesibukan kota mekah dan disebalik ketenangan madinah al-munawwarah aku dapat rasakan satu kegembiraan dan keseronokkan yang tidak dapat ku gambarkan dengan  kata-kata. Hanya Allah sahaja yang tahu. Aku berasa begitu berat hati untuk meniggalkan tanah suci kota mekah....di sanalah tersegam megah baitullah yang menjadi kiblat seluruh umat Islam di dunia. Saat pertama kali aku menjejakkan ke masjidil haram....hatiku berasa berdebar...Ya Allah aku tidak sangka harapan dan impian ku selama ini untuk menjadi tetamuMu Ya Allah tercapai jua....biar pun  hanya menjadi jemputan umrah bukannya haji....aku tetap bersyukur. Bersyukur yang teramat sngt.moga2 ibadat umrah yang aku jalankan ini dapat menjadi persediaan kepadaku untuk mengerjakan ibadat haji pula....insyaALLAH. kU mohon agar dimurahkan rezki dan dipanjangkan umur untuk menjalani ibadat haji pula.....amiin.






Di sebalik kesibukan mengerjakan ibadat umrah di Mekah....hatiku tetiba diburu rasa gelisah dan resah tatkala membaca mesej kwn ku dari tanah air yang mengatakan keputusan SPM akan diumumkan tidak lama lagi. yang lebih mengusarkan hatiku...keputusan dijangka awal sehari daripada tarikh yang ditetapkan. ku tatap mesej itu buat seketika, memikirkan apalah agaknya keputusan yang bakal ku hadapi nanti. dan yang paling ku runsing sekali...sempatkah aku untuk mengambil result. Hnya doa yang ku titipkan. agar dikuatkan hati menjadi sekental dan sekuat batu untuk menerima apa jua keputusannnya nanti....dari pagi hingga malam aku terus berulang alik ke masjidil haram untuk mengejar solat lima waktu di sana. Mana tidaknya....inilah peluang untukku merebut pahala Allah dan yang paling ku dambakan iaitu keredaanNYA......perjalanan hampir 1 km dari hotel ke masjidil haram merupakan cabaran yg harus kutempuhi, disusuli pula kesesakan orang ramai yang berpusu-pusu ke sana. Aku berasa kagum dan bahagia sekali melihat masing-masing berkejar-kejar ke masjidil haram untuk beribadat kepada ALLAH Yang Esa....mungkin ada yang ingin mengerjakan umrah, melakukan tawaf sunat, solat fardu, solat sunat, tilawah al-Quran, tawaf wida dan macam2 lagi. Hal ini amat jarang berlaku di Malaysia. Walau azan solat dilaung...masih ada yang leka dengan internet. masih ada yang lena diulik mimpi. masih ada yang sibuk bermain. em......entahlah apa nak jadi......Wahai muslimin sekalian, solat itu tiang agama!!!siapa yang meruntuhkan solat bermakna dia telah meruntuhkan agamanya sendiri....nauzubillah. Saat keberadaan aku di sana pelbagai kerenah yang aku lihat.....ada yang lucu, ada yang gembira....ada...em...macam2 lagilah. Sukar untuk ku jelaskan. Keindahan masjidil haram masih turut terselah walau pun di kawasan sekitarnya pesat dengan pembangunan yang bagiku amat rancak sekali.....pembaharuan yang bakal dibuat memungkinkan lebih ramai jemaah ke masjidil haram....syukur ALHAMDULILLAH....marilah ramai2 kita meramaikan masjidil haram sebagai tetamu ALLAH yang diberkati. insyaALLAH. sekadar coretan dariku di tanah suci.....!!!!