Introduction

wadah perkongsian resepi, idea dan cerita. Mudah-mudahan anda semua mendapat manfaat daripada blog ini insyaALLAH,,,

Puding Roti



BAHAN

1/2 tin susu cair
2 biji telur2 senduk gula
3 keping Roti (dipotong memanjang secara kecil2)



CARA MEMBUATNYA:

1.Susu cair, telur dan gula dimasukkan ke dalam pengisar untuk dikisar (blender). Dalam masa yang sama panaskan pengkukus.

2. Koyakkan roti kepada kepingan kecil2 ke dalam bekas.

3.tuangkan bahan yang telah diblender tadi ke dalam bekas yang berisi roti. pastikan roti tidak terlalu banyak.

4.kemudian, puding tadi boleh dikukus sehingga masak. lebih kurang dalam setengah jam bergantung kepada tahap kepanasan pengukus anda.

5. selamat mencuba!!!!

Chocolate Chips Cookies




BAHAN A (diayak)

200 g tepung naik sendiri
160 g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam


BAHAN B (dipukul hingga putih dan gebu)
180 g mentega
90 g gula castor
100 g brown sugar


BAHAN LAIN
2 biji telur
100 g chocolate chips
1 sudu teh esen vanila



So,,,let's move it:
  1. Bahan A diayak
  2. Bahan B dipukul hingga menjadi putih dan gebu. Kemudian masukkan 2 biji telur dan esen vanila ke dalam bahan B serta dipukul sehingga sebati
  3. Campurkan bahan A dan bahan B beserta coklat chips. Gaul kan bahan-bahan tersebut sekali hingga sebati.
  4. Sapu minyak atau mentega pada loyang.
  5. Selepas itu, gunakan sudu untuk membentuk biskut tersebut bagi mendapatkan saiz yang sama besar
  6. Setelah siap, bakar biskut yang telah dibentuk tadi dengan oven menggunakan suhu 180 darjah lebih kurang selama 20 minit, bergantung pada tahap kepanasan oven anda.

Popia Sira




     BAHAN:
 Kulit popia
Horlicks/nestum
Gula aising/gula dikisar halus



CARA MEMBUATNYA:


 1. Gulungkan kulit popia dengan kemas. Letakkan sedikit air pada hujung tepi gulungan untuk pastikan tidak terbuka.


 2. Guntingkan atau potong kulit popia tadi dalam keadaan serong dan kecil.

 3. Gorengkan kulit popiah tadi hingga bertukar kuning keemasan. Angkat popia tersebut dan sejukkan sekejap.

 4. Gaulkan popia yg telah disiap goreng tadi dengan gula aising dan horlicks ikut suka tahap kemanisan yang anda mahukan,,,,

Moist Chocolate Cake


Kelmarin sy menemani mama pergi beli kek. Maklumlah pok su nok tunang Isnin ni...hehehe..Tanpa sy duga mama sy tanye pemilik kedai tu, " Kat sini xdop tmpat orng nak blajar kek ke?? Anak kita nok blaja ni."


Sy terkejut sngt. Excited pun ade. Mama ni mcm tau2 j kak long nok blaja buat kek. Em..betullah orng kata naluri seorang ibu mmg kuat....Sy pun xtau camne bluh timbul minat nok blaja wat kek.

Mungkin sbb tngok kecomelan kek tu dihiasi ngan aising berwarna-warni kut...


Tapi syng seribu kali syng, harapan sy yg menggunug tinggi tadi hancur berkecai ibarat kaca terhempas ke batu isk..isk...

Kat situ xdop kelas blajar kek pun...sedihnye hati..

Kata nye kat melor ngan kota bharu ade la kelas belajar kek. Punyelah jauh....

Tapi xpelah, nok wat camne. Kalu nak blaja sngt alamaknye cari resepi kat internet jlah.

Sy pun ade jgok satu resepi kek untuk dikongsi bersama...
 mOist CHOCOLATE caKe !!!   yummy...
Sy suke sngt wat kek ni, terutama setiap kali nok balik asrama
bawak g kelas dan asrama, kasi kwn2
Gembira tngok orng lain mkn masakan hasil air tngan kita sendirikan

Sy belajar wat kek ni dr mak saudara kesayangan sy Cik Yah!! simple sngt2.. as simple as ABC...Cubalah!



Gambar kek ni kurang jelas. Mungkin xnampak cantik sngt..
tapi yg penting rase tu...
biarlah hingga menjilat jari... 

Bahan-bahan:

BAHAN A (diayak)
v  2 cawan gandum
v  1 cawan serbuk koko
v  1 sudu teh soda bikarbonat
v  1 sudu teh baking powder

BAHAN B (dipukul hingga sebati)
v  5 biji telur
v  2 sudu besar susu pekat
v  1 cawan minyak
(lebih baik guna minyak sayur, kurang kolestrol)
v  Sedikit esen vanila
(campur bila sume bahan A,B,C dicampur)

BAHAN C (dicampur dan dikacau hingga gula larut)
v  1 cawan air
v  2 cawan gula
v  1 sudu besar Nescafe
v  Sedikit garam

TOPPING (boleh guna coklat masakan )
v  6 sudu serbuk koko
v  Susu pekat (2 sudu besar)
v  Sedikit air
v  Sedikit minyak lebih kurang satu sudu 
(untk mnghasilkan topping yg b'kilat)


Cara membuatnya:

1.       Setiap bahan dicampur dalam bekas yg berasingan dan dikacau hingga sebati untk mndptkan tekstur kek yg lembut(nak campur sume terus pun bluh tapi tkut 6ti kek akan jd xbrp cntik)

2.       Lps sudah kacau semua bahan. Campurkan ketiga-tiga bahan tadi dan kacau hingga sebati.

3.       Sebelum itu, panaskan pengkukus atas dapur
4.  Sediakan loyang kek. Sapukan sedikit mentega atau minyak pada loyang.

5.       Masukkan adunan kek ke dlm loyang dengan menapis adunan tersebut untuk mengasingkan adunan yg berketul. Barulah kek kita akan menjadi lembut dan halus.

6.       Selepas itu, masukkan loyang ke dalam pengukus dan kukus hingga masak. Lebih kurang 40 minit
7.      Untuk menentukan sama ada kek itu sudah masak atau tak gunakan lidi atau apa2 untuk cucuk kek itu sedikit. Kalau masih ada lekatan kek pada lidi tersebut, maknanye masih belum masak.

8.       Dalam masa yg sama, kita bluh buat topping untk kek tu. Campur semua bahan untuk buat topping dan panaskan dengan menggunakan api yang perlahan. Kacau hingga sebati.

9.       Setelah kek masak, hiaskan kek dengan topping tadi. Untuk kelihatan lebih menarik, taburkan chocolate rice atau apa2 yg bluh digunakan untk hias kek anda. contohnya kek di bawah ni, sy hias dgn aising.

10. Last sekali,,,makan la!

kek yg ni pun guna resepi yg sama
cuma dihias ngan aising
cntik x??haha

AISING (dipukul hingga putih gebu)
sukatan ikut bnyak mana yg anda mahu
kalau sy:

v  100 g Mentega
v  4sudu besar gula aising

pastu guna plastik atau kertas untk corakkan aising anda mengikut kreativiti msng2


Amalan-amalan Ke Arah Penyucian Jiwa



Adakah pernah kita  merenung sejenak memikirkan amalan kita sehari-harian? 
Apakah yang telah aku lakukan pada hari ini?
Adakah aku tlh laksanakan tnggjwb aku?
Kalau kita telah melakukan perkara yang baik,,,maka syukur Alhamdulillah. 
Namun, adakah Allah terima amalan tersebut? Em,, bergantung kepada keikhlasan & niat seseorang.


Sabda baginda Rasulullah s.a.w:


Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkan.
Sesiapa yang berhijrah kerana ALLAH dan rasulnya maka hijrahnya untuk ALLAH dan
 rasulnya.
Sesiapa yang berhijrah kerana mencari keduniaan atau seorang perempuan untuk dikahwini maka hijrahnya untuk apa yang diniatnya.
Bagaimana pula kalau hal ini sebaliknya? 
Hari-hari yang kita lalui penuh dengan kemaksiatan. Solat ntah ke mana, mulut tidak lekang menjaja keaiban orng lain, hati disaluti dengan perasaan amarah, dengki, sombong. Malahan kita lalai dengan keindahan dunia yang bersifat sementara. 

Jadi apakah yang harus kita lakukan sebelum kita terlambat,,
krn tiada gunanya taubat saat nyawa ditarik malaikat maut,,
oleh itu Marilah sama2 kita menyucikan jiwa kita dr segala anasir2 yg bluh menjerumuskan kita kpd murka Allah

Mudah-mdhan amalan penyucian jiwa ini dpt memndu kita ke jln yg bnar
iaitu 
jln yg menuju redha ALLAH S.W.T

InsyaALLAH,,,


servis lah jiwa anda dengan amalan yang dpt takarub (mendekatkan) diri kita kepada Khaliq kita iaitu ALLAH s.w.t,,,,





Antara amalan untuk menyucikan jiwa :
  • Mengerjakan solat berjamaah setiap waktu 
  • Melaksanakan solat sunat Rawatib, Dhuha, Awwabin, Tasbih, Witir dan lain-lain 
  • Mengerjakan puasa sunat 
  • Membaca al-Quran setiap hari – 1 juzuk sehari dan cuba untuk memahami al-Quran dengan merujuk tafsir
  • Mengingati Nabi dengan berselawat kepadanya 
  • Melakukan taubat dan sentiasa beristighfar 
  • Mengingati mati dan pendek angan-angan 
  • Meninggalkan perkara haram dan syubhat 
  • Melakukan tafakur – melihat kebesaran ALLAH 
  • Mengenali penyakit-penyakit hati – dengki, riak, dan ujub 
  • Mengenali pintu-pintu penyusupan syaitan dan cara-cara menghalangnya 
  • Menjauhi maksiat anggota zahir – mata, telinga, lidah, perut serta kaki tangan 
  • Muhasabah diri secara berterusan

Saat Aku Ditalkinkan




Wahai Ikhwan sekalian, usahlah kita terleka dengan tipu daya dunia. Cubalah renungi kata-kata Saidina Ali r.a ini,
Jika engkau mahukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai kenikmatan,
Jika engkau mahukan keasyikan cukuplah ketaatan sebagai keasyikanmu dan 
Jika engkau mahukan pengajaran cukuplah maut itu sebagai pengajaran
Dan redhakanlah diri kita kepada Dinul Islam kerana sesungguhnya tiada lagi agama yang lebih tinggi di sisi ALLAH s.w.t melainkan Dinul Islam.





Saya ingin berkongsi sebuah cerita yang saya terbaca dlm sebuah diari. Mudah-mudahan kita mendapat pengajaran daripada kisah ini....

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas sebuah katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak mengerti mengapa aku berada di sini. Sebelum itu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah. Tiba-tiba tanpa aku sedar kehadiran sebuah lori balak dan malangnya aku bertembung dengan lori itu.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku menjadi kabur. Tidak dapat aku pastikan sesiapa yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa. Derita sungguh, nafasku menjadi sesak.

Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. “ Mengucap sayang, mengucap,,,, Asyhaduallaillahaillallah...” kalimah itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu, seorang insan mulia yang telah mendodoikan daku semasa aku kecil, insan yang telah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, insan yang pernah menyusukan daku serta yang pernah merotanku tika aku degil.

“Bagaimana dengan keadaannya doktor?” Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. “Tenat,” jawab doktor itu dengan ringkas. “Itu kata doktor bang, jangan berserah pada takdir sahaja kita perlu berusaha.” Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datang lah ke sini, aku mahu berbicara denganmu, datanglah....Tapi mataku.....semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. “Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah. Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

“Tekanan darahnya amat rendah.” Sayup-sayup kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkan lah daku. “Yassin...” bacaan terngiang-ngiang di telingaku. Aku tahu itu suara abnag. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan bacaan itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut?? Aku takut!! Sedetik lagi sakaratul maut tiba. Sedetik lagi Izrail akan datang menjemputmu. Sedetik lagi malaikat maut akan datang. Aku di ambang sakaratul maut.... aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi apa yang pasti sekarang aku berhadapan dengan sakaratul maut.

“Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut.” Rintihan hatiku ini tidak diendahkan. Apa mereka semua sudah tulikah? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan “ Panas, dahaga, haus panas...” tapi tiada sesiapa pun yang ambil peduli.
Nenekku datang, “Nenek...”
“Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air? Ini gelas penuh madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minumlah madu ni.”
“Ibu...” Ibuku datang, “Ini ibumu. Ibu yang telah menyusukan engkau nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi...”
Ayah...kau datang ayah...
“Matilah dalam agama yahudi anakku matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk syurga.”
“Nenek...ibu...ayah...suara kaliankah tadi? Kenapa kalian berubah laku? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?
“Mengucap sayang, mengucap Asyhaduallaillahaillallah..” ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam. “Mari ikut kami.” Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya, “Mari ikut kami.” Cahaya putih datang. Datang hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut....!!. kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. “Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah...” aku tersentak. Rohku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun.... malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk hidungku, seperti bau sampah. “Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni? Ah busuknya, hanyirnya, hancingnya....”

“Assalamualaikum...”
“Siapa yang memberi salam itu?”
“Aku”
“Kau siapa wahai pemuda?”
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yg tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat. Telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya...loya,jijik, aku rasa.....teramat loya melihatnya.

“Kau tak kenal aku?”
“Tidak,” jawabku tegas
“Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini.”
“Aku sahabat mu, kau yang membuatku hari-hari”
“Bohong!” aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. “Aku tak kenal engkau. Lebih naik kau pergi dari sini.”
“Akulah amalan mu yang keji...”

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini, semuanya telah pernah aku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia akan dijelmakan dalam sebagai sesuatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh! Tuhan, aku banyak dosa, aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulan ku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak tapi itu semua telah berlalu dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan! Surah Yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku, aku melihat Kak Long dan Kak Ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku disirami air. Air apa ni?

“Tolong...sejuk!!! kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat. Sakit!!! Kenapa ramai orang melihat aku? Aku malu....
Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu.Nanti, tunggu! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ni?
Tolong rimas....Panas....kemudian aku diletakkan di sesuatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkan aku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku disembahyangkan.

Bukankah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu
Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan
Dan kini aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku’, sujud dan tahiyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini? Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak. Al-Fatihah kedengaran suara tok imam, kelihatan yang lain mengengkori di belakang tapi kemana mereka mahu membawa aku nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan  akmpungku. Ke situkah aku dibawa? Tolong turunkan aku, aku takuT!!!
Setibanya di situ, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegang ku dan aku diturunkan ke dalam liang itu. Perlahanlahan aku terdengar suara tok imam memberitahu. Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!! Kini aku berada di dalam liang yang sedalam enam kaki. Sdikit demi sedikit tanah menutupiku

Tanah apa ni? Aduh sakitnya badan ku ditembusi tanah. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali. Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. Sesungguhnya mati itu benar, alam barzakh itu benar, siratul mustakim itu benar. Syurga dan neraka itu jua benar.
Sayup-sayap aku terdengar tok imam membaca talkin, tetapi makin lama makn hilang. Pandangan ku makin kabur dan terus tidak kelihatan tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atas ku. Terasa makin gelap dan...aku kini keseorangan.

Nanti, nanti, tolong, tolong ayah, ibu !...jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!! Gelap!!! Panas!!! Tolong!!


Kematian Satu Kepastian

Aku dan kwn2 sdng t'gesa-gesa bersiap untk turun k pdng 
 kls pendidikan jasmani dah nak mula
" Nadirah, tnggu la sye," cepat2 sy kemaskan meja yg bersepah krn takut dtinggalkan.


"Assalamualaikum," satu suara menyapa kami sekelas. Rupa-rupanya cikgu.
"Boleh sye jmpa em...dgn Amalina Zahirah," cg itu bertanya
" Ya sye."
Tiba2 aku rase xsedap hati
knape la pulak cg panggil aku ni
aku ade wat masalah ke hati kecilku b'kata-kata


"Mak saudara awk tepon," sambil menghulurkan handphonenya
"Oh!" aku mengangguk fhm.  seribu satu pertanyaan sdng bermain-main dlm fikiranku. kenape pulak Cik Su tepon aku. 
Saat itu hati aku mula gusar memikirkan adakah sesuatu yg buruk tlh berlaku,,,
persoalan aku itu akhirnya t'jwb,,


"Hello, Cik Su. Ade ape ek,,"
"Kak Long...isk...isk..ma,,mak,, dah tiada," 
Aku t'paku diam seribu kata
Lidahku menjadi kelu
kerana t'kejut mndgrkan ungkapan kata2 yg tlh Cik Su katakan itu
Aku mula merasakan air mata mulai mengalir menuruni pipiku
sukar untk aku gambarkan betapa pilunya hatiku saat aku mdgr berita itu
kini aku telah kehilangan moyangku
yg sudah mbsrkan aku dr kecil


Aku t'duduk sambil menangis
xdpt kutahan rasa sebak dihati yg melanda diriku ini
kurasakan seperti dihiris sembilu
sedih
sedih yg teramat sngt
Kwn2 aku yg lain cepat2 mndptkan aku
Mrk cuba menenangkan aku
Kuatkanlah aku Ya Allah untukku hadapi semua ini


Sepanjang dalam perjalanan pulang ke rumah
Aku asyik teringat akan arwah mak
Sememangnya aku masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mak telah meninggalkan aku buat selama-lamanya
Baru minggu lps aku bjmpa dgnnya
Aku lihat dy masih sihat walafiat
Masih mampu bergurau senda dgnku
Masih kuat dy mengurut kakiku yg skt krn t'jatuh dpn surau ari tu
xsangka itu adlh kali terakhir aku dpt menatap wajahnya yg sentiasa tenang
kini aku tidak dpt melihat lg senyum manis yg terukir pd wajahnya




Betapa t'kilannya hatiku ini
Aku tidak sempat untk memohon seribu kemaafan drnya
kurasakan diriku ini bnyk melakukan dosa thdpnya
Aku xsempat mengungkapakan kata2 tima ksh sbg penghargaan kpdnya
yg tlh melayan kerenah nakal ku dr kecil hingga kini
Mak maafkan Kak Long yg selalu nakal
Mak terima kasih kerana telah menjaga Kak Long


Aku hanya mampu berdoa dan moga2 mak dtmpatkan b'sama-sama orang2 yg beriman...


Amin...






Seperit mana hati saat kita kehilangan orng yg t'syng
kita mesti tabah. Hidup masih perlu diteruskan, 


Allah sudah berfiman:
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orng2 yg apabila ditimpa musibah, mereka berkata"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali)."                 [surah Al-Baqarah: 155-156] 

Oleh yang demikian, kita yang masih hidup perlu sedar, pada suatu saat nanti kita pula yang akn merasa sendiri keperitan sakaratul maut itu kerana kematian itu adalah satu kepastian. Tiada siapa yg dpt menolaknya. kematian itu pasti akan menjemput kita, tidak kiralah kita bersedia atau pun tidak ia pasti akn kunjung tiba. tiada satu makhluk mana pun yg mampu mempercepat dan melambatkan dari qada yg sdh ditetapkan itu. 


Firman ALLAH s.w.t:


"Apabila telah tiba waktu (yg sudah ditentukan) bagi mereka, tidaklah dpt mereka mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak pula mendahulukannya."         [surah al-Nahl :61]


Namun begitu, sudahkah kita bersedia,,,,

Hadrat Ibnu Umar r.a berkata bahawa satu ketika salah seorang bertanya,
" Ya Rasulullah, siapakah orang yg paling cerdik lagi teliti?"


Baginda lalu menjawab,
"Orang yang perbanyakkan ingat pada mati dan sentiasa sibuk membuat persiapan untuk mati. Orang yang sedemikianlah memegang kemuliaan di dunia dan darjat ditinggikan di akhirat."


ADAKAH  ANDA BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI MATI?
APAKAH BEKAL YANG TELAH ANDA SEDIAKAN UNTUK MENGHADAP ALLAH?
SUDAHKAH ANDA JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA DENGAN SEMPURNA?


Sama-samalah kita bermuhasabah diri
Sesungguhnya kita ini insan yang lemah
yg tidak pernah sunyi melakukan dosa
Namun selagi ada kesempatan ini, kita gunakanlah sebaiknya untuk memperbaiki amalan kita sebelum terlambat. 

Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan


Dan ketahuilah kamu bahawa pintu taubat ALLAH itu sentiasa terbuka luas untuk para hambaNya.
sentiasalah berdoa memohon keampunan daripada Allah
Allah sudah berfirman:

"Berdoalah kamu, nescaya akan Aku kabulkan"


Mudah-mudahan segala amalan kita sepanjang kita hidup di dunia ini diterima Allah.
Kutiplah seberapa banyak pahala semasa kita berada di dunia ini.

Dunia ini merupakan tempat untuk kita menanam
dan hasilnya kita akan tuai di akhirat kelak
Jika baik tanaman yg kita tanam itu
InsyaALLAH hasil yg kita akn dpt kelak hasil yg lumayan juga,,,





KATA IBRAHIM BIN ADHAM
DOA KAMU TERTOLAK KERANA HATI KAMU MATI

Hati kamu mati kerana lapan sebab

v  Kamu mengetahui hak-hak ALLAH tetapi kamu tidak menunaikannya

v  Kamu selalu baca al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkan kandungannya

v  Kamu mengaku mencintai Rasulullah tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya

v  Kamu mengatakan takut kepada mati tetapi kamu tidak bersiap sedia untuk menghadapinya

v  Allah memberitahu kamu bahawa syaitan itu musuh bagi kamu tetapi kamu terus bersahabat dengannya

v  Kamu mengaku takut dimasukkan ke dalam neraka tetapi kamu masih melakukan sesuatu yang menyebabkan kamu dicampakkan ke dalamnya

v  Kamu mengaku suka masuk syurga tetapi kamu tidak berusaha melakukan amal-amal soleh supaya kamu dimasukkan ke dalamnya

v  Setiap hari kamu berusaha menutup aib diri kamu sendiri, sedang pada waktu yang sama kamu tidak bosan-bosan mendedahkan aib orang lain


  

Teman,,


Ya Allah, cepatnya masa berlalu
sedar atau pun tidak pergantian siang dan malam berlaku begitu pantas sekali,,
Sedang aku duk t'menung
sambil memerhatikan gerimis air hujan
 xhenti2 mencurahkan air
membasahkan tanah bumi yg gersang
begitulah diibaratkan seorang sahabat sejati

di kala diri ini dalam kegusaran
dia akn hadir membawa satu sinar
yg memberikan aku sebuah harapan

di kala diri ini dlm kesesatan
dia akan hadir membimbing aku
mencari arah tujuan

Aku t'ingat akn kwn2 ku
nostalgia indah kami bersama,
berlegar-legar dlm kotak fikiranku
betapa rindunya aku kpd mereka sume

em..apalah yg mrk lakukan skrng??
mudah-mdhan Allah senantiasa melindungi mrk
Amin,,,

kerinduaan ku ini terubat seketika
tatkala aku mengenang kembali kenangan kami bersama
ada suka & duka

aku mengerti
 sudah menjadi lumrah khdupan manusia
tiap2 pertemuan itu 
pasti
ada perpisahan


aku begitu rindu dgn pnggilan manja teman2 ku
"Ama"...
"Am"
"Amalin"
"Amalina"
mcm2 panggilan yg dipanggil
aku hanya tersenyum sendiri
mengingat kembali telatah mereka sume

setiap kerenah mrk pasti membuatkan 
hatiku ini senantiasa gembira
hilang segala duka & lara 
yg terbuku dlm hatiku ini

dalam penantianku menunggu detik yg plng b'sejarah
aku susuli hari2 ku dgn doa 
ya,,doa
agar aku & teman2 ku yg lain memperoleh kjyaan dlm kptsn SPM 6ti
tapi apa yg plng b'makna adlh kjayaan kami sume
bkn sahaja di dunia ini
malahan di akhirat kelak

InsyaALLAH,,,



kenangan indah
makan beramai-ramai dalam talam
merapatkan lagi ukhuwah antara kami bersama-sama