Introduction

wadah perkongsian resepi, idea dan cerita. Mudah-mudahan anda semua mendapat manfaat daripada blog ini insyaALLAH,,,

Chocolate Chips Cookies




BAHAN A (diayak)

200 g tepung naik sendiri
160 g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam


BAHAN B (dipukul hingga putih dan gebu)
180 g mentega
90 g gula castor
100 g brown sugar


BAHAN LAIN
2 biji telur
100 g chocolate chips
1 sudu teh esen vanila



So,,,let's move it:
  1. Bahan A diayak
  2. Bahan B dipukul hingga menjadi putih dan gebu. Kemudian masukkan 2 biji telur dan esen vanila ke dalam bahan B serta dipukul sehingga sebati
  3. Campurkan bahan A dan bahan B beserta coklat chips. Gaul kan bahan-bahan tersebut sekali hingga sebati.
  4. Sapu minyak atau mentega pada loyang.
  5. Selepas itu, gunakan sudu untuk membentuk biskut tersebut bagi mendapatkan saiz yang sama besar
  6. Setelah siap, bakar biskut yang telah dibentuk tadi dengan oven menggunakan suhu 180 darjah lebih kurang selama 20 minit, bergantung pada tahap kepanasan oven anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan