Apakah yang telah aku lakukan pada hari ini?
Adakah aku tlh laksanakan tnggjwb aku?
Kalau kita telah melakukan perkara yang baik,,,maka syukur Alhamdulillah.
Namun, adakah Allah terima amalan tersebut? Em,, bergantung kepada keikhlasan & niat seseorang.
Sabda baginda Rasulullah s.a.w:
Sabda baginda Rasulullah s.a.w:
rasulnya.Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkan.Sesiapa yang berhijrah kerana ALLAH dan rasulnya maka hijrahnya untuk ALLAH dan
Sesiapa yang berhijrah kerana mencari keduniaan atau seorang perempuan untuk dikahwini maka hijrahnya untuk apa yang diniatnya.
Bagaimana pula kalau hal ini sebaliknya?
Hari-hari yang kita lalui penuh dengan kemaksiatan. Solat ntah ke mana, mulut tidak lekang menjaja keaiban orng lain, hati disaluti dengan perasaan amarah, dengki, sombong. Malahan kita lalai dengan keindahan dunia yang bersifat sementara.
Jadi apakah yang harus kita lakukan sebelum kita terlambat,,
krn tiada gunanya taubat saat nyawa ditarik malaikat maut,,
oleh itu Marilah sama2 kita menyucikan jiwa kita dr segala anasir2 yg bluh menjerumuskan kita kpd murka Allah
Mudah-mdhan amalan penyucian jiwa ini dpt memndu kita ke jln yg bnar
iaitu
jln yg menuju redha ALLAH S.W.T
- Mengerjakan solat berjamaah setiap waktu
- Melaksanakan solat sunat Rawatib, Dhuha, Awwabin, Tasbih, Witir dan lain-lain
- Mengerjakan puasa sunat
- Membaca al-Quran setiap hari – 1 juzuk sehari dan cuba untuk memahami al-Quran dengan merujuk tafsir
- Mengingati Nabi dengan berselawat kepadanya
- Melakukan taubat dan sentiasa beristighfar
- Mengingati mati dan pendek angan-angan
- Meninggalkan perkara haram dan syubhat
- Melakukan tafakur – melihat kebesaran ALLAH
- Mengenali penyakit-penyakit hati – dengki, riak, dan ujub
- Mengenali pintu-pintu penyusupan syaitan dan cara-cara menghalangnya
- Menjauhi maksiat anggota zahir – mata, telinga, lidah, perut serta kaki tangan
- Muhasabah diri secara berterusan




Tiada ulasan:
Catat Ulasan