| Saat aku dan keluargaku menunggu penerbangan ke KLIA sebelum berangkat ke Jeddah. |
| Penerbangan pulang ke tanah air....huhu.sedih tapi gembira |
Syukur ALHAMDULILLAH.....itulah kalimah yang ku ucapkan sebagai tanda rasa syukur kepada Allah s.w.t yang memberi keselamatan dan keamanan kepadaku di sepanjang penerbangan aku dari Jeddah ke KLIA. Perasaan pilu dan sedih berbaur gembira meliputi hati kecilku ini....pilu dan sedih kerana sudah tiba saat untukku meninggalkan tanah haram yang sangat teramat kucintai. 14 hari aku di sana dirasakan begitu cepat sekali berlalu....disebalik kesibukan kota mekah dan disebalik ketenangan madinah al-munawwarah aku dapat rasakan satu kegembiraan dan keseronokkan yang tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang tahu. Aku berasa begitu berat hati untuk meniggalkan tanah suci kota mekah....di sanalah tersegam megah baitullah yang menjadi kiblat seluruh umat Islam di dunia. Saat pertama kali aku menjejakkan ke masjidil haram....hatiku berasa berdebar...Ya Allah aku tidak sangka harapan dan impian ku selama ini untuk menjadi tetamuMu Ya Allah tercapai jua....biar pun hanya menjadi jemputan umrah bukannya haji....aku tetap bersyukur. Bersyukur yang teramat sngt.moga2 ibadat umrah yang aku jalankan ini dapat menjadi persediaan kepadaku untuk mengerjakan ibadat haji pula....insyaALLAH. kU mohon agar dimurahkan rezki dan dipanjangkan umur untuk menjalani ibadat haji pula.....amiin.
Di sebalik kesibukan mengerjakan ibadat umrah di Mekah....hatiku tetiba diburu rasa gelisah dan resah tatkala membaca mesej kwn ku dari tanah air yang mengatakan keputusan SPM akan diumumkan tidak lama lagi. yang lebih mengusarkan hatiku...keputusan dijangka awal sehari daripada tarikh yang ditetapkan. ku tatap mesej itu buat seketika, memikirkan apalah agaknya keputusan yang bakal ku hadapi nanti. dan yang paling ku runsing sekali...sempatkah aku untuk mengambil result. Hnya doa yang ku titipkan. agar dikuatkan hati menjadi sekental dan sekuat batu untuk menerima apa jua keputusannnya nanti....dari pagi hingga malam aku terus berulang alik ke masjidil haram untuk mengejar solat lima waktu di sana. Mana tidaknya....inilah peluang untukku merebut pahala Allah dan yang paling ku dambakan iaitu keredaanNYA......perjalanan hampir 1 km dari hotel ke masjidil haram merupakan cabaran yg harus kutempuhi, disusuli pula kesesakan orang ramai yang berpusu-pusu ke sana. Aku berasa kagum dan bahagia sekali melihat masing-masing berkejar-kejar ke masjidil haram untuk beribadat kepada ALLAH Yang Esa....mungkin ada yang ingin mengerjakan umrah, melakukan tawaf sunat, solat fardu, solat sunat, tilawah al-Quran, tawaf wida dan macam2 lagi. Hal ini amat jarang berlaku di Malaysia. Walau azan solat dilaung...masih ada yang leka dengan internet. masih ada yang lena diulik mimpi. masih ada yang sibuk bermain. em......entahlah apa nak jadi......Wahai muslimin sekalian, solat itu tiang agama!!!siapa yang meruntuhkan solat bermakna dia telah meruntuhkan agamanya sendiri....nauzubillah. Saat keberadaan aku di sana pelbagai kerenah yang aku lihat.....ada yang lucu, ada yang gembira....ada...em...macam2 lagilah. Sukar untuk ku jelaskan. Keindahan masjidil haram masih turut terselah walau pun di kawasan sekitarnya pesat dengan pembangunan yang bagiku amat rancak sekali.....pembaharuan yang bakal dibuat memungkinkan lebih ramai jemaah ke masjidil haram....syukur ALHAMDULILLAH....marilah ramai2 kita meramaikan masjidil haram sebagai tetamu ALLAH yang diberkati. insyaALLAH. sekadar coretan dariku di tanah suci.....!!!!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan