CHECK POINT HIDUP MANUSIA
Adakah kita sedar hakikat sebenar kehidupan kita sebagai seorang hamba ALLAH?? Marilah sama-sama kita renungi perjalanan hidup kita sebagai seorang musafir di dunia ini....perjalanan kita masih panjang sebelum menuju ke syurga ALLAH yang kita idam-idamkan itu. Masih jauh lagi...adakah kita mampu untuk menghadapinya??
Perjalanan hidup seorang manusia itu dimulai di ALAM ROH,,,,
Firman ALLAH SWT maksudnya:
Dan(ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka(seraya berfirman): Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: " Betul Engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi."(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: " Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap keEsaan Allah SWT.
(Al-A'raaf: 172)
Begitulah janji2 yang telah diungkapkan oleh manusia ketika di alam azali, mengapa harus diingkari terhadap perjanjian yang telah dilakukan sendiri.
Alam yang seterusnya ialah ALAM RAHIM
Hasil percantuman antara ovum dan sperma maka terbentuknya satu sel, yang terus berkembang menjadi dua dan terus berkembang sehingga menjadi fetus.
Di sini merupakan tempat yang paling selamat bagi manusia iaitu di alam rahim ibunya. Pada masa inilah nyawa mula ditiupkan semasa bayi berada dalam kandungan.
Setelah genap tempoh 9 bulan 10 hari dalam kandungan ibu maka lahirlah seorang hamba ALLAH yang telah dijadikan dengan sebaik-baik ciptaanNya berbanding dengan makhluk ALLAH yang lain. DUNIA ini ibarat kenderaan yang membawa kita musafir ke alam akhirat. Dunia adalah sebagai tempat untuk kita mengutip segala bekalan pahala yang bakal menyelmatkan kita di akhirat kelak. Namun sebanyak manakah bekalan yang telah kita persiapkan itu??? Ramai yang kecundang. Adakah kita salah satu daripada mereka. Nauzubillah....
SAKARATULMAUT. Saat inilah yang paling memeritkan. Sakitnya sakaratulmaut sukar untuk kita tafsirkan. Namun yang pasti setiap yang hidup pasti akan merasainya. Saat ini jugalah kita diuji antara iman dan kufur. Marilah kita sama2 berdoa memohon agar kita meninggal dunia dengan kesudahan yang baik
اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”
Dikala berada di alam kubur atau alam barzakh
Diri ini sendirian tidak berteman
Terasing & sepi
ALAM KUBUR merupakan check point manusia yang seterusnya setelah hidup di dunia untuk menuggu tibanya detik hari kiamat
Diri ini sendirian tidak berteman
Terasing & sepi
ALAM KUBUR merupakan check point manusia yang seterusnya setelah hidup di dunia untuk menuggu tibanya detik hari kiamat
Siapa kata setelah terputusnya roh dari jasad maka sudah tiada apa2, TIDAK!!
Di sini kita akan disoal oleh dua hamba Allah yang taat
MUNKAR & NAKIR
Di sini lagi kita akan diazab atas segala amalan kita di dunia
Nauzubillah,,,mudah-mudahan kita terhindar dr azab kubur
Di sini kita akan disoal oleh dua hamba Allah yang taat
MUNKAR & NAKIR
Di sini lagi kita akan diazab atas segala amalan kita di dunia
Nauzubillah,,,mudah-mudahan kita terhindar dr azab kubur
Seterusnya adalah TIUPAN SANGKAKALA buat PERTAMA kalinya. Tiupan ini akan memusnahkan seluruh umat manusia dan makhluk kecuali Allah dan malaikat Israfil
TIUPAN SANGKAKALA KALI KE-2. Manusia akan dihidupkan semula. Jangka sangka mayat hancur dimamah bumi tidak akan dibangkitkan.
AL-HASYAR
(manusia dikumpulkan)
kesemua manusia akan berjalan menuju ke padang mashyar
mereka berarak-arak seperti jemaah haji di Arafah. Di sinilah manusia akan dihitungkan segala amalan-amalan mereka, baik buruk mahupun jahat. Meraka akan diadili oleh ALLAH dengan seadil-adilnya. tiada sesuatu pun yang terlepas dari pengetahuan ALLAH.

Antara perkara yang berlaku saat di padang mahsyar ialah:
- penerimaan Syafaat
- penerimaan Kitab amalan
- Hisab
- Mizan
- Telaga al-Haud (insan yang terpilih mampu melegakan tekuk menegak air di Telaga Nabi ini)
TITIAN SIRAT
penentuan seseorang itu ke syurga atau neraka. Ada yang melaluinya sepantas kilat. Ada yang melaluinya dengan merangkak-rangkak....bergantung kepada amalan mereka di dunia. Setelah itu sampailah kita ke destinasi yang terakhir. Sama ada,,,,,,

Tiada ulasan:
Catat Ulasan